Cuba lihat promotion dari pelbagai company..Khas untuk anda semua!

29 May 2011

Perjalanan bermula

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Apa khabar saudara/i sekalian? alhamdulillah sihat...cerita kali ni biasa la permulaan semester, semua student bersemangat untuk belajar...semangat belajar tu macam ombak di lautan ar, punya semangat nak belajar tu...besa ar kan mula-mula semester ni sume student ada azam baru...seperti contoh:

"hendak dapat dean list"
"tak nak ponteng kelas"
"tak nak belajar last minute" 

Kalau diikutkan banyak lagi azam yang ingin ditanam, biasa ar awal-awal semester la katakan, apa pon azam yang kita tanam, biar la mendatangkan hasil di kemudian hari, Seperti yang kita ketahui, macam pokok la kan, pokok yang bagus mestilah mendapat baja yang sesuai, mendapat air yang mencukupi dan tiada ganguan parasit...


Jadi, apa yang kita azam pada awal semester or awal tahun hendaklah dilaksanakan sehingga berjaya!..macam peribahasa yang saya create sendiri la kan..."alang-alang potong rambut, biar sampai pendek"...yela dah alang-alang korang tanamkan azam, biar sampai berjaya...betul tak?...

Akhir kata, good luck kepada kawan-kawan dan readers!...semoga apa yang kita usahakan mendapat hasil yang terbaik!...

Budak-budak berkejar-kejar
   Rasa gembira bermain di sana 
Kalau kita rajin belajar
  Tentu kita akan berjaya!



27 May 2011

Balik Kedah!...Oh! tak mau...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Setelah sebulan bercuti bagi students uitm, maka kene la berangkat pulang...hua kejap giler cuti kali ni...tapi tak pela coz ada lagi 2 semester kene harungi before grad...kepada kawan-kawan good luck untuk semester baru...mula-mula masuk semester ni momentum nak belajar gila kaw-kaw...TETAPI jangan nak dekat-dekat akhir semester malas nak baca buku pulak!..hehe

So nak balik la kan,kene la kira distance...hehe...tengok ar di bawah ni

The Distance between Rawang (Selangor) and Sungai Petani (Kedah) is :
285.88 kilometers (km).
The approximately estimated travel/road distance can be around 328.76 km to 357.35 km


In Other Units:
177.64 miles. The approximately estimated travel/road distance can be around 204.29 miles to 222.05 miles
154.26 nautical miles. The approximately estimated travel/road distance can be around 177.4 nautical miles to 192.82 nautical miles
So kalau lihat kat google maps la kan...


Perghh...jauh tu,tapi tak pela semoga sampai dengan selamat...insyaAllah...


Doa naik kenderaan-jangan lupa baca!,moga-moga selamat dalam perjalanan, InsyaAllah
Doakan semoga tiada halangan yang datang...amin

25 May 2011

Mengeluh!..jangan begitu...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Mengeluh?...mengapa perlu mengeluh sedangkan banyak laluan yang mampu menyelesaikan masalah tersebut?...anda semua perlu tahu bahawa satu perkataan ini sudah cukup membuatkan diri anda lemah kerana aura perkataan ini boleh membuatkan kita murung sepanjang hari...kenapa saya berkata begitu?...saya beri contoh bagi memudahkan cerita...

"hek ele sikit ni je pointer aku dapat semester ni padahal ak da belajar kaw-kaw"
"kenapa la hari ni malang sungguh, dompet aku hilang, bateri hanphone ak abis"
"kenapa dia tak terima cinta aku sedangkan aku dah bagi macam-macam dekat dia"

Paham tak?..aura ayat tu yang boleh DOWN kan kita, yang boleh membuatkan diri murung, sedih, menangis dan sebagainya...kawan-kawan ingat kata-kata ini "setiap masalah yang berlaku pasti ada jalan penyelesaiannya"...percayalah, kadang-kadang kita terasa tidak ada ke orang yang boleh bantu kita tetapi kita lupa bahawa Tuhan sentiasa berada bersama kita..Dia akan menyelesaikan masalah yang kita hadapi tanpa kita rasa benda tu possible...betul atau tidak?...yakin tu penting!...

Kadang-kadang kita terasa kenapa kita tidak boleh settlekan masalah tu sendiri...betul tak?...kawan-kawan, kita diberi akal dan fikiran untuk berfikir...diberi tangan dan kaki untuk melakukan apa yang kita fikir tu...yang selebihnya berserah..JANGAN JANGAN dan JANGAN kita mudah menyerah kalah sebelum mencuba sesuatu yang baru...ni asyik mengeluh je tanpa membuat apa-apa baik berfikir dan buat something that can help you to overcome the problems...so think wisely!...

Lastly, cara terbaik untuk menghilangkan perasaan down tersebut dengan berjalan-jalan...kenapa dengan berjalan-jalan?...ok bagi saya la kan anda pergi jalan-jalan...tak kira pusing taman ke,pusing kedai ke,at least you all berjalan-jalan...lihat persekitaran...kita lihat di kedai kopi orang boleh gelak ketawa seperti tiada masalah dalam diri dia padahal setiap orang ada masalah masing-masing, berat or tidak kita tidak tau tetapi pasti setiap orang ada masalah...cuba kita fikir orang yang kita lihat di kedai kopi tadi boleh gelak kenapa kita tidak boleh happy?...kawan, yang penting anda perlu sabar dengan dugaan dan bersyukur dengan apa yang kita ada...bukan semua orang dapat apa yang kita dapat...

 

Kita rasa dugaan begitu berat sekali,menduga kita sebelum sempat kita bersedia, kadang kala kita terasa mahu menangis sepuas-puasnya, menitiskan air mata tanpa sedikit pon membantu kita, ingatlah orang lain tidak mampu untuk membantu kita setiap masa tetapi kita lah perlu membantu diri kita setiap masa...anda sekarang terjatuh, ramai orang mentertawakan anda, sedikit sangat yang bersama anda...ayuh kawan, generate kn perasaan BANGUN semula, KUATkan hatimu dan rempuhlah dugaan tersebut dengan semangat yang ada...pasti kita akan MENANG!...

23 May 2011

Gementar?..chill la!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Lajunya masa bergerak...kadang-kadang tak perasan pon masa berlalu...tau-tau this week ialah minggu terakhir cuti semesta...maknanya hari ahad ni dah start kuliah!...wow cepat giler...1 bulan terasa macam satu minggu je...perghh...tapi tak apa la asalkan taun depan diploma habis...haha...pantas gila bukan?...rasa macam cukup atau tidak ilmu yang dipelajari...kalau cukup pon mesti ada yang sudah terlupa...biasa la tu adat...haha!...

25/5/2011?...agak-agaknya apa yang berlaku pada tarikh tersebut ek?...perghh!!....tarikh ni yang membuatkan ramai orang rasa nak gugur jantung,rasa nak pengsan,dan macam-macam lagi...ada apa dengan tarikh ini ye?...oh ye, result exam sem lepas akan dipublishkan pada tarikh itu!...wow!...takutnya~...huhu...apa pon kene juga cek result kan...sekurang-kurangnya kalau tak perform well bole diubah pada sem akan datang...jadikan pemangkin supaya anda boleh buat dengan lebih baik...kepada sesiapa yang dapat pointer elok sekalipon...alhamdulillah bersyukur dengan apa yang ada!...

Lupa nak pesan kat kawan-kawan yang pakcik jiran sebelah kanan belakang rumah nenek aku pesan supaya anda jangan lupa buat SUFO!...still remember NO SUFO NO RESULT!...jadinya pada yang belum buat, tak silap saya still ada masa untuk buat...jangan tak buat karang result tak dapat tengok!...merana la pulak nanti kan...



Kompem jem time 25/5/2011

So kepada kawan-kawan saya...good luck!...insyaAllah semuanya ok!...tawakal je...usaha suda,doa suda,buat exam pon suda,tawakal pon suda, jadinya time tengok result jangan ar bersedih...kalau teruk mana sekalipon anda kena ingat yang anda sudah berusaha lebih dari kemampuan diri anda!...so jangan sedih-sedih ek...ok la sampai disini saje...tabahkan hati ok!...REDHA tu penting!...bye-bye!...
rajin click ar bawah ni!



Jom sertai CHURPCHURP di SINI

22 May 2011

Bosannya!....huhu

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Apa khabar sume?...sihat?...alhamdulillah sihat-sihat belaka nampaknya...
Tajuk entri kali ni BOSAN?...ha'ah bosan kowt...kenapa agaknya bosan ek?...

Seperti yang sedia maklum bahawa sekarang students UiTM sedang berCUTI!..yeay!...sume sibuk berjalan-jalan,makan angin sampai kembung,habiskan duit dan sebagainya...walaupon anda semua gembira dan tak bosan tapi saya sungguh BOSAN!...huhu

Yela mana tidaknya cuti ni beberapa kali je keluar rumah...kalau hendak keluar rumah pon biasanya nak pergi sembahyang Jumaat or pergi beli nasi lemak...itu je yang menyebabkan saya keluar rumah...waktu-waktu lain just duduk rumah dan main game CABAL!...war war war...penat sungguh main game ditambah pula dengan emosi...perghhh rasa mau campak je laptop ni dalam tong sampah...laptop KAYU!...huhu...

Selain bermain game, banyak juga surf internet...mencari perihal tentang isu-isu semasa dan ada juga terfikir nak berniaga secara online...tapi perniagaan apa yang sesuai agaknya?...hurmmm...entah la...TETAPI saya ada juga berbincang dengan family nak jual kuih raya secara online...perghh agak-agak ok tak?...tunggu la nanti ek...kita saksikan apa yang bakal terjadi...hehe


Dalam kita gembira masih ada orang berduka...takziah kepada mangsa tragedi tanah runtuh di Hulu Langat...semoga mereka berada dalam kalangan orang-orang yang beriman...Amin...Al-fatihah...



Mari sertai churp-churp...click di sini

20 May 2011

Bala suma ni bala!...esok saya nak berlari ni!...

Assalamualaikum!...
Apa kejadahnya semua ini?...churp2?...
Mari la ramai-ramai join churp2!..
click dibawah ini!!...
terbakar ni ha!!...

I'm on fireee! I have collected my KMs, what about you?! #Churp2race

19 May 2011

Persediaan sebelum melangkah ke universiti!...

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapakan...

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti...seperti yang kita sedia maklum bahawa semua orang ingin untuk melanjutkan pelajaran di universiti…perasaan untuk melanjutkan pelajaran di universiti telah tertanam dalam jiwa masing-masing…Masih ingatkah lagi kita semasa kecil?...ibu bapa,guru serta rakan-rakan selalu berpesan supaya belajar rajin-rajin agar dapat melanjutkan pelajaran di universiti kelak…Alhamdulillah kepada anda yang telah BERJAYA mendapat peluang ini kerana bukan semua orang mendapat peluang yang sama macam anda…hasil usaha selama ini telah membuahkan hasil…TAHNIAH diucapkan…

Baiklah ramai orang terutama dari kalangan rakan-rakan saya sendiri tertanya-tanya  apa yang perlu disediakan/dipersiapkan sebelum menjejakkan kaki ke universiti…Ada yang bertanyakan kepada saya macam mana suasana pembelajaran di universiti? Adakah sama seperti di sekolah…Ada pula yang bertanya perlukah membawa baldi ke universiti? Pelbagai soalan yang dilemparkan dan Alhamdulillah kesemuanya dijawab oleh saya dengan jelas…tetapi di sini saya ingin ceritakan lagi apa yang paling penting sebelum menjejakkan kaki ke universiti

  • Pertama sekali saudara/i sekalian perlulah mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal
    Kenapa saya berkata begitu kerana di universiti terlampau banyak tekanan yang harus saudara/i tempuhi. Berkemungkinan dalam satu semester saudara/i perlu mengambil lebih 5/6 subjek. Banyak bukan?...sudah pasti setiap subjek mempunyai tugas khas masing-masing (assignment). Kadang-kadang satu assignment memakan masa yang lama untuk siap dan kadang-kadang terpaksa mengorbankan masa untuk tidur… sukar bukan?...saya bukan menakut-nakutkan saudara/i tetapi inilah hakikat yang sekarang ditempuhi oleh mahasiswa di universiti. Jadi sebelum melangkah masuk ke universiti harus diingatkan kepada bakal-bakal mahasiswa/i supaya teguhkan hati,kuatkan semangat dan sentiasa berfikiran positif terhadap apa jua dugaan yang muncul.

    • Saudara/i perlulah bijak membahagikan masa
      Betul kadang-kadang saya sendiri tidak pandai membahagikan masa yang ada…banyak bermain,lepak-lepak dan sebagainya..tetapi harus diingatkan bahawa anda perlu pandai membahagikan masa dengan lebih effektif supaya anda tidak kelam-kabut dikemudian hari…Ramai student di university membuat assignment last minute (macam saya juga) dan akhirnya tidak berpuas hati dengan markah yang diperolehi..Lecturer kebanyakan bukan kedekut markah tetapi dari segi effort yang kita berikan dalam menyiapkan tugas akan menyebabkan lecturer memberikan markah lebih..seperti contoh: anda hendak menarik perhatian orang lain tetapi anda berpakaian selekeh,ramai atau tidak orang akan mendekati anda?...fikir-fikirkan lah..

      • Sediakan kelengkapan yang sepatutnya.
        Perkara ini yang ramai selalu tanya, perlu atau tidak bawa ini dan itu…saudara/i anda perlu membawa kelengkapan yang penting seperti laptop,broadband dan printer…yang lain-lain macam pakaian,baldi dan sebagainya anda fikir-fikir sendiri ok…baik kenapa saya menyeru saudara/i supaya membawa laptop,broadband dan printer. Ini kerana ketika lecturer memberi assignment, kebanyakan assignment perlu di taip. Jadi pentingnya laptop bersama anda. Broadband pula bagi memudahkan saudara/i untuk mencari maklumat yang berkenaan dan Printer pula mudah bagi anda yang suka buat kerja last minute kerana mungkin anda perlu hantar assignment pada pukul 8 pagi jadi tidak kelam-kabut untuk print assignment tersebut..

        • Last but not least, tetapkan pendirian!
          Kenapa perlu tetapkan pendirian?...kerana di universiti anda BEBAS melakukan apa-apa…bukan macam di asrama semuanya ada masa yang ditetapkan…tetapkan pendirian anda dan sentiasa berfikir apakah tujuan anda berada di universiti…pastinya anda ingin berjaya pada masa akan datang dan tidak lupa pada masa yang sama ingin membanggakan kedua ibu bapa anda…BANGUN dan TETAPKAN PENDIRIAN ANDA!...


          Akhir kata, itu la sedikit sebanyak yang dapat dikongsi bersama semoga kita berjaya pada masa akan datang…TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada anda semua!...

          p/s click la bawah ni...thanx!... xD



          p/s da macam pakar motivasi la pulak!...hehe

          17 May 2011

          Fixie?...apa tu?...

          Assalamualaikum dan salam sejahtera...

          Entri kali ni pasal basikal...basikal?...bro basikal ni benda lama la...tak main la dengan teknologi zaman sekarang...ada motorsikal,kereta,monorail dan sebagainya...*chop2!...relax la dulu saya belum habis lagi cerita pasal basikal kan...ok ya memang saya hendak cerita sedikit mengenai basikal...WOW!... :)

          Ok kalau kita perhatikan la basikal bermacam-macam jenis...ada kecik,besar,untuk single,double dan sebagainya...so kalau kita perhatikan la secara luaran basikal...basikal ini ada 2 tayar yang bersambung pada badan atau rangka basikal...cara hendak gerakkan basikal dengan mengunakan kuasa manusia iaitu dengan kayuhan...semakin laju kayuhan semakin laju la basikal tu memecut...basikal ini pertama kali diperkenalkan pada abad ke-19 di eropah...perghh lama tu kan...

          Jadinya pada musim cuti ini saya banyak meluangkan masa beronline saja...leka tengah mencari idea yang terbaik untuk mengupdate blog last-last terjumpa BASIKAL FIXIE...basikal fixie?...apa tu?...korang tau ke?...ke saya ni yang ketinggalan zaman pasal saya sendiri kurang tau pasal basikal ni...yang tau pon jenis BMX je...ok la cerita sedikit mengenai basikal fixie...
          The oldest and simplest type of bicycle is the "fixed-gear" bicycle. This is a single-speed bike without a freewheel; that is, whenever the bike is in motion, the pedals will go around. You cannot coast on a fixed-gear machine.
           Riding a fixed gear on the road is excellent exercise. When you need to climb, you don't need to think about when to change gears, because you don't have that option. Instead, you know that you must just stand up and pedal, even though the gear is too high for maximum climbing efficiency. This makes you stronger.
          Most cyclists coast far too much. Riding a fixed-gear bike will break this pernicious habit. Coasting breaks up your rhythm and allows your legs to stiffen up. Keeping your legs in motion keeps the muscles supple, and promotes good circulation. Dipetik dari : sheldonbrown
          Terbaik kan?...kalau lihat dari segi bentuk dan warna basikal fixie ni pasti menarik minat ramai orang termasuk saya sendiri...jom kita lihat contoh-contoh basikal fixie ini...




          Harga fixie ni paling murah pon dekat rm550++....haha...saya harap nanti saya dapat beli fixie kaler ni...idaman tu...insyaAllah kumpul duit lepas tu beli basikal fixie kaler ijau...


          Ok la sampai di sini saja...sekian terima kasih....perghh cantik tu fixie!!...huaaaaa....

          Note: kalau rajin click la bawah ni...tq!


          15 May 2011

          Selamat Hari Guru 2011!

          Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

          Entry kali ini mengenai Hari Guru!...hurmm...kalau terfikir pasal cikgu-cikgu, mesti pada masa yang sama anda akan terfikir mengenai pengalaman anda dulu-dulu kan?...Jadinya lebih baik la saya cerita dulu serba sedikit mengenai hari guru sebelum masuk cerita pengalaman saya dulu-dulu...haha!

          Seperti yang kita maklum, Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun bagi menghargai guru yang mengajar...Setiap tahun apabila menjelang hari guru maka mesti ada tema-tema khas seperti contoh pada tahun 2011 tema hari guru ialah Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara...kalau di ikutkan dengan maksud transformasi (perubahan), guru-guru sekarang memikul tanggungjawab berat dalam membentuk masyarakat terutamanya pelajar-pelajar supaya dapat seiring dan sejajar dengan kemajuan pada hari ini...semakin hari semakin payah dan getirnya tugas guru dalam membentuk sahsiah pelajar...jadi perlu diingatkan bahawa hargailah guru kerana tanpa guru siapalah anda!...


          So pasal hari guru kadang-kadang teringat macam-macam perkara yang membuatkan guru-guru yang mengajar saya 'panas'...haha mana taknya muka baik tapi ada la jugak buat hal...adat la kan...ala korang pon mesti ada buat perangai jugak kan...macam saya dulu masa sekolah selalu datang lewat becoz rumah jauh dari sekolah...datang lewat time tu ada lak cikgu disiplin dok tercongok depan gate...perghh memang kompem-kompem kne sebat dengan cikgu tu, berbirat jugak ar tapi nak wat macam mana dah kene...redha jela...pernah tak siap kerja rumah time kat MRSM, kena berlari itik kowt dengan muka kene conteng dengan marker pen lagi...haha lawak je...kene penampo la...lari keliling sekolah la...tapi tu la kalau pikir-pikir balik banyak pengalaman dekat sekolah...tapi sekarang cikgu tak boleh pukul sikit student-student depa coz yela nanti karang student tu mengadu kat mak bapak tak pasal-pasal kene saman...tapi tu la kalau tak pukul or denda student nanti depa naik kepala...kesian kat guru yela diorang nak mengajar tapi banyak je halangan...ala setakat pukul or denda sikit tu tak da la memberi kemudaratan bahkan ia akan menjadikan budak itu lebih berjaya pada masa hadapan...

          Apa-apa pon saya di sini mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada guru-guru yang mengajar saya terutamanya guru-guru di Tadika Kemas Sungai Buaya, Sekolah Kebangsaan Sungai Buaya, Sekolah Kebangsaan Bandar Sungai Buaya, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sungai Buaya, MRSM Merbok, MRSM Kepala Batas, tidak lupa kepada lecturer-lecturer di Uitm Kedah dan akhir sekali kepada guru-guru di seluruh Malaysia...SELAMAT HARI GURU!....



          Cuti?...lepak-lepak

          Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

          Alhamdulillah terdetik hati hendak mengupdate blog ini..yela mana tidaknya baru je buat blog..so tiba-tiba rajin la pulak nak mengupdate blog...dalam cerita kali ini akan mengunakan ayat baku yang membuatkan saudara/saudari mengatakan bahawa saya ni kuno cikit...haha...

          Ok..sekarang student-student uitm tengah bercuti kan?...mesti ada yang keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan a.k.a reunion,lepak dekat rumah,main game (macam aku je) dan lain-lain...Jadinya disini saya nk berkongsi la sedikit apa-apa yang menarik yang saya lalui time cuti ni..sebenarnya tak menarik mana pon...

          Biasa la time cuti macam ini mesti balik-balik dengan CABAL...time cuti je cabal...pantang nampak cuti je cabal...ramai la bertanya mengenai cabal...pe benda alah tu la,macam mana nak main cabal la,dan sebagainya..So macam ni la ek...saya akan cerita serba sedikit mengenai cabal...

          "A long time ago, the cleansed the land with fury and destruction. Amidst the needless devastation, seven great masters of Force Power led the remaining survivors to reconstruction.
          Now, almost a thousand years later, the puppeteer the evil again, breeding a child to be king and once again cleanse the land. It is up to you to face the incadors of Nevareth and uncover the conspiracy behind it...
          Amongst the 100+ NPCs in , you'll find friends and foes, good and evil. But remain vigilant! As sides change, some allies may turn on you, while former enemies can now be trusted..."

          Tu la ceritanya...Jadinya dekat dalam cabal ni ramai kawan-kawan dkt uitm merbok main...padahal 4 orang je termasuk saya...(sepatutnya ada seorang lagi Vergil96(mirul) tp dia sibuk dengan vandictus so tak dapat la snapshot sama-sama)

          -xXDeFRaGXx-force shielder
          VanDerDecken(Munawir),xXDefRaGXx(Nizam),xxxkidxxx(Mael)
          2nd Char - vXHarryPotterXv(Nizam),vXSkylineXv(Munawir),xSweetJoKeRx(Mael)

          Ok...masa cuti ni ada lak cabal buat event namanya Easter event yang membuatkan ramai gila player-player dalam cabal tu  +15...so kiranya +15 ni payah nak buat la...tapi saya bernasib baik becoz dapat +15 juga!...


          Pherystin orb of deathblow +15
          haha...macho tak?...glow tu...cewah...hurmmm...ok la rasanya sampai sini jela...nanti-nanti update lagi...tak kan satu entri abis sume cerita pasal cabal kan...ok?...ha kepada kawan-kawan saya...kalau nak hang out sila-sila ajak...jangan esok nak keluar malam ni baru bagi tau...memang sakit la kan...bagi tau awal-awal ok!...






          *credit to-nani becoz tolong ajarkan macam mana nak buat blog

          14 May 2011

          SELAMAT DATANG KE BLOGGER!

          Salam..

          Macam mne ek nk ckp..coz ni 1st time buat blog kowt!
          tu dia mcm jakun je mamat ni kn..*haha
          yela mana taknye kn..coz 1st time buat blog..pdhal xda benda pon nk cerita.. 
          masa terpikir nk wat blog ni pon coz org kata blog ni bole wat duit..($.$) 
          tu dia pasal duit je laju nk buat..*haha :)
          bukan tu satu sebabnya la..
          lg pon teringin la nk share benda2 yg ak rasa bole dishare kn..btl x?..
          So, dah alang2 ada blog,ak akan update la sllu k!..
          InsyaAllah..






          credit to: nani..tlg ajo ak dr kul 12 tgh mlm smpi subuh..thanx k!..(^-^)