Cuba lihat promotion dari pelbagai company..Khas untuk anda semua!

30 Jul 2011

Khutbah Rasulullah Menyambut Ramadhan

WAHAI MANUSIA,sudah datang kepada kalian bulan Allah dengan membawa keberkatan rahmat dan keampunan.Bulan yang paling mulia di sisi Allah Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama.Malam-malamnya adalah malam yang paling utama.Jam demi jamnya adalah jam-jam yang paling utama.
...
Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan olehNya.Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih,tidurmu menjadi ibadah,amal-amalmu diterima dan doa-doamu dimakbulkan. Mohon kepada Allah,Tuhanmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu bagi melaksanakan puasa dan membaca kitab-Nya.

Malang bagi orang yang tidak mendapat keampunan daripada Allah di bulan yang agung ini.Kenang dengan rasa lapar dan hausmu,kelaparan dan kehausan di hari kiamat.Bersedekahlah kepada fakir miskin.muliakan orang tuamu,sayangi yang muda,sambungkan tali persaudaraanmu,peliahara lidahmu,kawal pandanganmu dari apa yang tidak halal bagi kamu memandangnya dan kawal pendengaranmu dari apa yang tidak halal bagi kamu mendengarnya.Kasihi anak-anak yatim,nescaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu.

Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu.Angkat tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu kerana itu adalah saat yang paling utama ketika Allah memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih sayang:Dia menjawab permintaan mereka ketika mereka menyeru-Nya,menyambut mereka ketika memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.
Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai kerana amal-amalmu,bebaskan ia dengan Istighfar.Belakangmu berat kerana beban dosamu,ringankan dengan memanjangkan sujudmu.

Ketahuilah ,Allah Taala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya,Dia tidak akan mengazab orang yang solat dan sujud,dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Tuhan seluruh alam.

Wahai manusia! Siapa diantara kamu memberi jamuan berbuka puasa kepada orang Islam yang berpuasa pada bulan ini,di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan dia diberi keampunan atas dosa-dosa yang lalu.
Seorang sahabat bertanya,”Ya Rasulullah,Tidaklah kami mampu berbuat demikian,”
Rasulullah meneruskan khutbahnya,”Pelihara dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma.Pelihara dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air,”

Wahai manusia! Siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini,ia akan berhasil melewati Sirat al-Mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir.siapa yang meringankan pekerjaan orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai @pembantu) di bulan ini,Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari kiamat.Siapa menahan sikap buruknya di bulan ini,Allah akan menahan kemurkaan-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Siapa memuliakan anak yatim pada bulan ini,Allah memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa menyambungkan tali persaudaraan pada bulan ini,Allah akan menghubungkannya dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Siapa melakukan solat sunat di bulan ini,Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka .Siapa yang melakukan solat fardhu,baginya ganjaran seperti melakukan 70 solat fardhu pada bulan yang lain.

Siapa memperbanyakkan selawat kepadaku di bulan ini,Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan menjadi ringan.ganjarannya sama seperti mengkhatamkan al-Quran pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu,mohon kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupnya bagimu.Pintu-pintu neraka tertutup ,mohon kepada Tuhanmu agar ia tidak dibukakan bagimu.Syaitan-syaitan terbelenggu,mintalah agar ia tidak lagi menguasaimu.

Ali bin Abi Thalib yang meriwayatkan hadis ini ,berdiri dan berkata,”Wahai Rasulullah,amal apakah yang paling utama di bulan ini?” Jawab Nabi, “Wahai Abu al-Hassan,amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah.”

Inilah Khutbah Rasulullah yang boleh kita jadikan panduan untuk dilaksanakan pada bulan Ramadhan yang bakal menjelang,berdoalah agar kita diizinkan untuk melalui Ramadhan kali ini dan ambillah peluang untuk merapatkan diri dan bertaubat kepadaNya serta memperbaiki segala kekurangan dalam diri agar menjadi mukmin sejati…

“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat),janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah,kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa,Sesungguhnya Dia lah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”.(az-Zumar 39:53)



Sampaikanlah kami di bulan Ramadhan..

from:Ridhuan

29 Jul 2011

Malaysia vs Singapore 2nd-Leg 28 July 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Perghh hari ni (28/07/2011) paling mendebarkan bagi penyokong Malaysia. Penyokong-penyokong Malaysia inginkan kemenangan bagi melayakkan diri untuk piala dunia. Ramai ingin menyaksikan perlawanan ini sehinggakan sebanyak 60,000 tiket bagi perlawanan Malaysia vs Singapore sudah habis dijual!. Semangat untuk melihat bola sepak negara berjaya semakin membuak-buak!. Tepat pada pukul 8.30 p.m perlawanan bola sepak bermula. Pada mulanya permainan nampak goyah, bak kata orang nampak slow, passing bola pon agak melalut tetapi lama kelamaan skuad Harimau Malaya menunjukkan taringnya. Pada separuh masa kedua Safee Sali menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-57


Gol ini telah mendekatkan lagi jarak aggregate Malaysia 4 - 5 Singapore. Tetapi disebabkan SEDIKIT kelekaan maka singapore telah berjaya menyumbat 1 biji gol oleh Shi Jia Yi pada minit ke-72. Ini menyebabkan Singapore telah menjarakkan lagi aggregate menjadi Malaysia 4-6 Singapore.

Malaysia telah bertungkus lumus untuk merapatkan jurang NAMUN 90 minit permainan telah berakhir dengan gol Malaysia 1-1 Singapore (agg: Malaysia 4-6 Singapore).

Apakan daya, skuad Malaysia telah berusaha sebaik mungkin tetapi masih tiada rezeki. Takpe la boleh perbaiki lagi kelemahan dan jangan mudah DOWN!. Kami para penyokong Harimau Malaya sentiasa berada bersama anda!. Jangan sedih-sedih ok!. 

p/s Congratz to K.Rajagopal coz anda merupakan pencetus kepada kejayaan skuad Harimau Malaya!..good job!

25 Jul 2011

Bertudung itu hipokrit?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Agak lama kan tak update blog.Macam-macam nak cerita tetapi disebabkan dengan kesibukkan, maka blog ni tak sempat nak usik. Sepatutnya nak cerita jugak pasal Bersih 2.0 dan macam-macam isu semasa tapi apa kan daya, masa tidak mengizinkan. Ok la nak update kt korang sumer la pasal tudung ni. Tengah-tengah berblogger walking, terlihat satu benda yang rasanya patut di discuss.So anda boleh lihat ar gambar di bawah ini.

Agak seronok kan? informasi yang padat dan berkesan. Terjumpa ni dekat Bardbahtiar.

p/s agak-agak ada tak orang panas ek?

8 Jul 2011

Peludah Warna


Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

A Samad Said

2 Jul 2011

Fixie to sell!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Teringat lagi pasal fixie yang hari tu saya post? kalau nak baca lagi boleh pergi ke [ sini ]. Disebabkan teringin fixie punya pasal, ada la survey harga pasaran fixie sekarang. So sesiapa yang berminat boleh la cek link di bawah ni (saja nak promote diorang, yela bukan semua orang ada masa nak cari kedai dan tengok depan-depan kan. Sebab kebanyakan masa banyak dikongsi dengan berOnline, berChatting saja. So ada kelapangan masa boleh la cek harga dekat depa ok!)

Fixiecheap
Kedai Basikal Dalam Talian
e*Aspire
Fixie arena
Dam Dam Bike Studio

Fixie4u™
Baru jumpa 6 kedai. Nanti kalau ada lagi saya update ok!. Perhatikan harga betul-betul sebelum membeli!. Bawah gambar tu ada caption. So caption tu la link ke page kedai diorang. Karang jenuh korang mencari lak kan. hehe.

p/s tak salah promote kedai orang lain, rezeki masing-masing. Good Luck!

1 Jul 2011

Transformers 3: Dark of the moon!

"The Autobots Bumblebee, Ratchet, Ironhide and Sideswipe led by Optimus Prime, are back in action, taking on the evil Decepticons, who are determined to avenge their defeat in 2009's Transformers Revenge of the Fallen. In this new movie, the Autobots and Decepticons become involved in a perilous space race between the U.S. and Russia, and once again human Sam Witwicky has to come to the aid of his robot friends. There's new characters too, including a new villain in the form of Shockwave, a longtime Transformers character who rules Cybertron while the Autobots and Decepticons battle it out on Earth."
Cerita ni memang wajib tengok di pawagam. Tak tau nak describe macam mana coz cerita ni..perghhhh!!!!!... Jalan cerita terbaik gler!!. Part yang paling sedih time bumblebee nak mati.Gua cakap sama lu orang, hati giler sayu kowt!. Papepon enjoy giler cerita ni.Congratz Micheal Bay!. Anda dilahirkan untuk membuat cerita transformers ni!...GOOD JOB!!



p/s dapat tengok hari 1st dikeluarkan. (12.20a.m 29/06/2011)!!. Nanti nak tengok lagi la tapi bukan 3D la. hehe!