Cuba lihat promotion dari pelbagai company..Khas untuk anda semua!

29 Jul 2011

Malaysia vs Singapore 2nd-Leg 28 July 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Perghh hari ni (28/07/2011) paling mendebarkan bagi penyokong Malaysia. Penyokong-penyokong Malaysia inginkan kemenangan bagi melayakkan diri untuk piala dunia. Ramai ingin menyaksikan perlawanan ini sehinggakan sebanyak 60,000 tiket bagi perlawanan Malaysia vs Singapore sudah habis dijual!. Semangat untuk melihat bola sepak negara berjaya semakin membuak-buak!. Tepat pada pukul 8.30 p.m perlawanan bola sepak bermula. Pada mulanya permainan nampak goyah, bak kata orang nampak slow, passing bola pon agak melalut tetapi lama kelamaan skuad Harimau Malaya menunjukkan taringnya. Pada separuh masa kedua Safee Sali menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-57


Gol ini telah mendekatkan lagi jarak aggregate Malaysia 4 - 5 Singapore. Tetapi disebabkan SEDIKIT kelekaan maka singapore telah berjaya menyumbat 1 biji gol oleh Shi Jia Yi pada minit ke-72. Ini menyebabkan Singapore telah menjarakkan lagi aggregate menjadi Malaysia 4-6 Singapore.

Malaysia telah bertungkus lumus untuk merapatkan jurang NAMUN 90 minit permainan telah berakhir dengan gol Malaysia 1-1 Singapore (agg: Malaysia 4-6 Singapore).

Apakan daya, skuad Malaysia telah berusaha sebaik mungkin tetapi masih tiada rezeki. Takpe la boleh perbaiki lagi kelemahan dan jangan mudah DOWN!. Kami para penyokong Harimau Malaya sentiasa berada bersama anda!. Jangan sedih-sedih ok!. 

p/s Congratz to K.Rajagopal coz anda merupakan pencetus kepada kejayaan skuad Harimau Malaya!..good job!

No comments:

Post a Comment