Cuba lihat promotion dari pelbagai company..Khas untuk anda semua!

17 Oct 2011

Sugar Glider - Eureka

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Apa khabar kawan-kawan sekalian?...Hope korang semua sihat-sihat selalu...
Dah lama agaknya tidak mengupdate blog ni coz biasa la...dah nak dekat-dekat akhir semester dengan banyak assignment kene hantar plus final examination bakal menjelang...memang ikutkan tak cukup tangan and masa nak buat semua itu...tapi itu la tugas sebagai mahasiswa...

Harini ada kesempatan sedikit masa hendak berkongsi dengan korang apa itu sugar glider...So mula-mula dengar macam pelik plus tak ada nama khas pon dalam bahasa melayu bagi pet ni...So ini adalah sedikit sebanyak cerita mengenai sugar glider:

Q: Apakah itu sugar glider? Adakah ia seperti tupai atau tikus?
A: Sugar glider adalah nama biasa untuk marsupial yang terdapat di Australia dan Indonesia. Nama saintifiknya adalah Petarus Breviceps.

S: Adakah sugar glider peliharaan yang jinak?
A: Sugar Glider adalah haiwan yang jinak,tetapi mereka memerlukan banyak perhatian dan penjagaan tambahan. Mereka perlu makanan yang seimbang, sebuah sangkar besar dan interaksi harian untuk kekal sihat. Ia mungkin sukar untuk mencari doktor haiwan yang mempunyai pengetahuan khusus yang diperlukan untuk menjaga ini critters kecil.

S: Berapa lama sugar glider hidup?
A:Sugar Glider hidup lebih lama berbanding haiwan pemeliharaan, anjing dan kucing. Purata jangka hayat mereka dalam kurungan adalah 12-15 tahun. Ini bermakna anda mesti bersedia untuk menjaga haiwan kesayangan anda selama bertahun-tahun.

S: Apa yang sugar glider makan?
A: Sugar glider memerlukan diet khas dengan berhati-hati yang seimbang protein, kalsium, buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain nutrien. Terdapat banyak biasanya diterima diet yang anda boleh menyediakan seperti BML, Diet Priscilla, iaitu HPW diet dan pemakanan (Pastikan) Darcy.

S: Apakah cara yang betul untuk membela sugar glider di rumah?
A: Sugar glider memerlukan sangkar yang sangat besar berbanding dengan haiwan yang paling kecil. Untuk 1 atau 2 Sugar Glider, dimensi kandang minimum adalah selama 24 inci lebar sebanyak 24 inci dan 36 inci tinggi. Sebuah sangkar yang lebih besar sudah tentunya lebih baik, terutama tinggi sangkar, kerana sugar glider adalah arboreal dan memerlukan ruangan tambahan untuk memanjat di sekeliling. Jarak antara bar di sangkar tidak harus lebih dari 1 / 2 inci lebar untuk memastikan bahawa sugar glider anda tidak boleh keluar. Bar harus serbuk atau PVC bersalut sebagai sangkar dawai galvani boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing.

S: Apakah jenis mainan untuk sugar glider?
A: Anda boleh mencari mainan yang dibuat khas untuk sugar glider di Internet atau anda boleh menggunakan mainan bayi dan mainan burung. Anda juga boleh membuat permainan peluncur Sugar Glider anda sendiri jika anda berguna dan terdapat banyak arahan yang terdapat di laman sugar glider. Sugar glider suka mainan yang membolehkan mereka untuk bergaul atau mendaki sekitar sangkar mereka dan kantung atau sarang yang mereka boleh merapat. Anda ingin mengelakkan mainan dengan bahagian-bahagian kecil, terutama lubang kecil yang peluncur Sugar Glider anda boleh menangkap kaki dalam dan mencederakan dirinya. Juga, elakkan mainan kucing kerana ada toksik berbahaya untuk sugar glider.

S: Adakah saya memerlukan lebih daripada 1 sugar glider?
A: Saya syorkan anda untuk membela 2 ekor sugar glider kerana mereka hidup dalam koloni dalam hutan. 1 sugar glider akan sangat kesepian dan boleh menjadi tertekan. Kemurungan dalam sugar glider menyebabkan kesihatan yang kurang baik, kecacatan dan kematian. Jika anda memilih untuk mempunyai hanya 1 sugar glider, bersedia untuk menghabiskan masa 3-4 jam malam yang berinteraksi dengannya.

S: Apakah umur terbaik untuk mendapatkan Joey?
A: Sugar glider bayi dipanggil joeys, sama seperti kanggaru bayi. Joeys perlu sekurang-kurangnya 8-10 minggu (2bulan ke atas) Out Of Pouch(OOP) sebelum mereka pergi ke rumah baru mereka. Ini membolehkan mereka betul-betul boleh terpisah dan boleh makan sendiri sebelum meninggalkan ibu mereka.

S: Bolehkah saya biarkan sugar glider saya bermain di dalam rumah?
A: Sugar glider hanya boleh dilepaskan di kawasan rumah atau bilik yang selamat. Mereka harus diawasi pada setiap masa untuk memastikan mereka tidak menghadapi masalah dan mencederakan diri mereka sendiri. Mereka boleh muat ke dalam ruang yang kecil dan menghadapi risiko yang boleh mati, lemas di dalam tandas atau tenggelam, dirosakkan oleh binatang lain atau mungkin makan sesuatu yang toksik kepada mereka.

Sugar Glider boleh ditemui di seluruh bahagian Australia, Tasmania, Papua New Guinea dan Indonesia.Sugar Glide tidur siang hari dan aktif pada malam hari.Sugar Glider mampu untuk meluncur di udara seperti seekor tupai terbang.Sugar glider dpt hidup dgn cuaca di Malaysia.Apa yg menariknya pd masa skrg,kebanyakan rakyat Malaysia menganggap sugar glider sebagai haiwan belaan secara tidak langsung menjadi teman utk besiar2 dan bermain.

Alhamdulillah saya sudah membeli seekor sugar glider...memang comel giler plus dia ni demand memang tinggi...kene rajin bermain dengan dia selalu...seronok giler dapat pet ni!...sugar glider yang saya beli ini saya namakan sebagai Eureka..weee...ni photo dia:




Comel tak?...dia ni memang kuat makan and tido...hehe...semoga eureka sihat-sihat selalu...xD

5 Sept 2011

Bukan Cinta Biasa!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni nak kongsi sedikit video khas untuk korang sume!..comel kowt watak dalam video ni ditambah pula dengan sedikit peringatan...Moga-moga tersedar dari "lamunan"..insyaAllah!...Semoga anda semua mengambil ikhtibar dari video ini...(^-^)V


p/s terkena batang idung...

1 Sept 2011

Selamat Hari Raya!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Perghh setelah sebulan umat Islam berpuasa. Akhirnya tiba bulan syawal!. Semua semangat membeli belah,semangat nak berhari raya dan sebagainya. Oh ya! sepatutnya kita tidak boleh lupa kita juga pada tahun ini menyambut hari raya sekali dengan Hari Kemerdekaan!. Mari ramai-ramai mengibarkan jalur gemilang kawan-kawan.

Di kesempatan ini saya memohon ampun dan maaf andai terkasar bahasa,terlebih perbuatan yang membuatkan saudara/i kecil hati dan sebagainya!. Setiap manusia tidak lepas dari melakukan kesalahan. Moga pada bulan mulia ini sama-sama kita merapatkan ukhuwah yang dahulunya renggang, mengeratkan lagi persahabatan dan tidak lupa sama-sama memaafi antara satu sama lain!. SEMOGA kita dapat bertemu kembali bulan RAMADHAN pada taun hadapan. InsyaAllah.

  

p/s mintak maaf coz takda masa nak update!...sorry!

8 Aug 2011

Lawak paling susah!

Sekarang ni macam-macam teka teki yang orang boleh bagi kat kita.
Seperti contoh "dua kat depan,dua kat belakang dan satu titik kat tengah. Apakah dia?"
Ada jugak bagi soalan yang agak payah nak dijawab. Macam "Ikan apa paling panjang kat dunia?"..ha jawab-jawab..anda tahu?..hehe
Kekreatifan diaorang mengolah atau membuat soalan boleh menyebabkan diri kita gembira sampai gelak terbahak-bahak..
Nak tengok tak video?..JOM!

Amcam?..kreatifkan?...hehe...boleh gelak guling-guling o...

4 Aug 2011

Dadali - Disaat Aku Mencintaimu

Sedap giler dengar lagu ni..
Semoga Anda Semua ENJOY!!


Layannnnnnnn~~~

30 Jul 2011

Khutbah Rasulullah Menyambut Ramadhan

WAHAI MANUSIA,sudah datang kepada kalian bulan Allah dengan membawa keberkatan rahmat dan keampunan.Bulan yang paling mulia di sisi Allah Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama.Malam-malamnya adalah malam yang paling utama.Jam demi jamnya adalah jam-jam yang paling utama.
...
Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan olehNya.Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih,tidurmu menjadi ibadah,amal-amalmu diterima dan doa-doamu dimakbulkan. Mohon kepada Allah,Tuhanmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu bagi melaksanakan puasa dan membaca kitab-Nya.

Malang bagi orang yang tidak mendapat keampunan daripada Allah di bulan yang agung ini.Kenang dengan rasa lapar dan hausmu,kelaparan dan kehausan di hari kiamat.Bersedekahlah kepada fakir miskin.muliakan orang tuamu,sayangi yang muda,sambungkan tali persaudaraanmu,peliahara lidahmu,kawal pandanganmu dari apa yang tidak halal bagi kamu memandangnya dan kawal pendengaranmu dari apa yang tidak halal bagi kamu mendengarnya.Kasihi anak-anak yatim,nescaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu.

Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu.Angkat tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu kerana itu adalah saat yang paling utama ketika Allah memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih sayang:Dia menjawab permintaan mereka ketika mereka menyeru-Nya,menyambut mereka ketika memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.
Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai kerana amal-amalmu,bebaskan ia dengan Istighfar.Belakangmu berat kerana beban dosamu,ringankan dengan memanjangkan sujudmu.

Ketahuilah ,Allah Taala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya,Dia tidak akan mengazab orang yang solat dan sujud,dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Tuhan seluruh alam.

Wahai manusia! Siapa diantara kamu memberi jamuan berbuka puasa kepada orang Islam yang berpuasa pada bulan ini,di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan dia diberi keampunan atas dosa-dosa yang lalu.
Seorang sahabat bertanya,”Ya Rasulullah,Tidaklah kami mampu berbuat demikian,”
Rasulullah meneruskan khutbahnya,”Pelihara dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma.Pelihara dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air,”

Wahai manusia! Siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini,ia akan berhasil melewati Sirat al-Mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir.siapa yang meringankan pekerjaan orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai @pembantu) di bulan ini,Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari kiamat.Siapa menahan sikap buruknya di bulan ini,Allah akan menahan kemurkaan-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Siapa memuliakan anak yatim pada bulan ini,Allah memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa menyambungkan tali persaudaraan pada bulan ini,Allah akan menghubungkannya dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Siapa melakukan solat sunat di bulan ini,Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka .Siapa yang melakukan solat fardhu,baginya ganjaran seperti melakukan 70 solat fardhu pada bulan yang lain.

Siapa memperbanyakkan selawat kepadaku di bulan ini,Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan menjadi ringan.ganjarannya sama seperti mengkhatamkan al-Quran pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu,mohon kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupnya bagimu.Pintu-pintu neraka tertutup ,mohon kepada Tuhanmu agar ia tidak dibukakan bagimu.Syaitan-syaitan terbelenggu,mintalah agar ia tidak lagi menguasaimu.

Ali bin Abi Thalib yang meriwayatkan hadis ini ,berdiri dan berkata,”Wahai Rasulullah,amal apakah yang paling utama di bulan ini?” Jawab Nabi, “Wahai Abu al-Hassan,amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah.”

Inilah Khutbah Rasulullah yang boleh kita jadikan panduan untuk dilaksanakan pada bulan Ramadhan yang bakal menjelang,berdoalah agar kita diizinkan untuk melalui Ramadhan kali ini dan ambillah peluang untuk merapatkan diri dan bertaubat kepadaNya serta memperbaiki segala kekurangan dalam diri agar menjadi mukmin sejati…

“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat),janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah,kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa,Sesungguhnya Dia lah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”.(az-Zumar 39:53)



Sampaikanlah kami di bulan Ramadhan..

from:Ridhuan

29 Jul 2011

Malaysia vs Singapore 2nd-Leg 28 July 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Perghh hari ni (28/07/2011) paling mendebarkan bagi penyokong Malaysia. Penyokong-penyokong Malaysia inginkan kemenangan bagi melayakkan diri untuk piala dunia. Ramai ingin menyaksikan perlawanan ini sehinggakan sebanyak 60,000 tiket bagi perlawanan Malaysia vs Singapore sudah habis dijual!. Semangat untuk melihat bola sepak negara berjaya semakin membuak-buak!. Tepat pada pukul 8.30 p.m perlawanan bola sepak bermula. Pada mulanya permainan nampak goyah, bak kata orang nampak slow, passing bola pon agak melalut tetapi lama kelamaan skuad Harimau Malaya menunjukkan taringnya. Pada separuh masa kedua Safee Sali menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-57


Gol ini telah mendekatkan lagi jarak aggregate Malaysia 4 - 5 Singapore. Tetapi disebabkan SEDIKIT kelekaan maka singapore telah berjaya menyumbat 1 biji gol oleh Shi Jia Yi pada minit ke-72. Ini menyebabkan Singapore telah menjarakkan lagi aggregate menjadi Malaysia 4-6 Singapore.

Malaysia telah bertungkus lumus untuk merapatkan jurang NAMUN 90 minit permainan telah berakhir dengan gol Malaysia 1-1 Singapore (agg: Malaysia 4-6 Singapore).

Apakan daya, skuad Malaysia telah berusaha sebaik mungkin tetapi masih tiada rezeki. Takpe la boleh perbaiki lagi kelemahan dan jangan mudah DOWN!. Kami para penyokong Harimau Malaya sentiasa berada bersama anda!. Jangan sedih-sedih ok!. 

p/s Congratz to K.Rajagopal coz anda merupakan pencetus kepada kejayaan skuad Harimau Malaya!..good job!

25 Jul 2011

Bertudung itu hipokrit?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Agak lama kan tak update blog.Macam-macam nak cerita tetapi disebabkan dengan kesibukkan, maka blog ni tak sempat nak usik. Sepatutnya nak cerita jugak pasal Bersih 2.0 dan macam-macam isu semasa tapi apa kan daya, masa tidak mengizinkan. Ok la nak update kt korang sumer la pasal tudung ni. Tengah-tengah berblogger walking, terlihat satu benda yang rasanya patut di discuss.So anda boleh lihat ar gambar di bawah ini.

Agak seronok kan? informasi yang padat dan berkesan. Terjumpa ni dekat Bardbahtiar.

p/s agak-agak ada tak orang panas ek?

8 Jul 2011

Peludah Warna


Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

A Samad Said

2 Jul 2011

Fixie to sell!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Teringat lagi pasal fixie yang hari tu saya post? kalau nak baca lagi boleh pergi ke [ sini ]. Disebabkan teringin fixie punya pasal, ada la survey harga pasaran fixie sekarang. So sesiapa yang berminat boleh la cek link di bawah ni (saja nak promote diorang, yela bukan semua orang ada masa nak cari kedai dan tengok depan-depan kan. Sebab kebanyakan masa banyak dikongsi dengan berOnline, berChatting saja. So ada kelapangan masa boleh la cek harga dekat depa ok!)

Fixiecheap
Kedai Basikal Dalam Talian
e*Aspire
Fixie arena
Dam Dam Bike Studio

Fixie4u™
Baru jumpa 6 kedai. Nanti kalau ada lagi saya update ok!. Perhatikan harga betul-betul sebelum membeli!. Bawah gambar tu ada caption. So caption tu la link ke page kedai diorang. Karang jenuh korang mencari lak kan. hehe.

p/s tak salah promote kedai orang lain, rezeki masing-masing. Good Luck!

1 Jul 2011

Transformers 3: Dark of the moon!

"The Autobots Bumblebee, Ratchet, Ironhide and Sideswipe led by Optimus Prime, are back in action, taking on the evil Decepticons, who are determined to avenge their defeat in 2009's Transformers Revenge of the Fallen. In this new movie, the Autobots and Decepticons become involved in a perilous space race between the U.S. and Russia, and once again human Sam Witwicky has to come to the aid of his robot friends. There's new characters too, including a new villain in the form of Shockwave, a longtime Transformers character who rules Cybertron while the Autobots and Decepticons battle it out on Earth."
Cerita ni memang wajib tengok di pawagam. Tak tau nak describe macam mana coz cerita ni..perghhhh!!!!!... Jalan cerita terbaik gler!!. Part yang paling sedih time bumblebee nak mati.Gua cakap sama lu orang, hati giler sayu kowt!. Papepon enjoy giler cerita ni.Congratz Micheal Bay!. Anda dilahirkan untuk membuat cerita transformers ni!...GOOD JOB!!



p/s dapat tengok hari 1st dikeluarkan. (12.20a.m 29/06/2011)!!. Nanti nak tengok lagi la tapi bukan 3D la. hehe!

24 Jun 2011

Zivilia Band - Aishiteru


Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu

Sesuatu yang sangat sulit tuk ku jalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang ku berfikir cari penggantimu
Saat kau jauh disana

Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau riduku pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku

Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
berkat ketulusan a a ai aishiteru

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan

saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiran ku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan

Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau riduku pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku

Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
berkat ketulusan a a a aishiteru

Saat ku sendiri pikiran melayang terbang
Prasan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o u oo

Lupakan segala obsesi dan abmbisimu
Akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu padaku
Kumohon kau kembali

kimiga kumo kumii tenmo
kinoho boy ga shino ga ruta a
Shineteruyo shineteruyooo

Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau riduku pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku

Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
berkat ketulusan a a a aishiteru
wo wo wo
wo wo wo a a ai aishiteru

19 Jun 2011

PTPTN - Peringatan Penting!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semalam (18/6/2011) saya menonton Berita Tv 3. Dalam berita tersebut ada mengatakan bahawa peminjam PTPTN yang mendapat CGPA bawah 2.00, pinjaman PTPTN tersebut akan dibatalkan. Betul ke?. Jom lihat surat khabar di bawah ni.
SUNGAI PETANI: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menghentikan pinjaman pelajar yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.0 ke bawah.
Anggota Lembaga Pengarahnya, Datuk Tajul Urus Md Zain berkata, tindakan itu bagi memastikan pelajar yang komited dengan pelajaran sahaja diberikan pinjaman.
“PTPTN tidak berkompromi dengan pelajar yang tidak mencapai keputusan memuaskan dan yang mendapat PNGK di bawah 2.0 secara automatik dihentikan pinjaman mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan waran pinjaman kepada pelajar yang memasuki institusi pengajian tinggi di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim semalam.
Sehubungan itu, Tajul Urus menasihati pelajar berusaha bersungguh-sungguh supaya tidak menghampakan ibu bapa dan kerajaan yang memberi pinjaman bagi membolehkan mereka meneruskan pengajian.
“Wang PTPTN adalah duit rakyat...jadi, kami terpaksa membuat satu keputusan walaupun pahit untuk diterima,” katanya sambil mengingatkan pelajar menggunakan wang itu secara berhemah.- [ Bernama ]
Hal ini telah disokong oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Alasan yang diberikan oleh menteri pengajian tinggi ini ialah bagi mengurangkan ketirisan wang pembayar cukai dan mereka yang memperoleh pointer bawah 2.0 menyebabkan pelajar tersebut sukar mendapatkan pekerjaan. Sekaligus menyukarkan mereka untuk membayar balik pinjamanSource ]

Sepatutnya kerajaan perlu melakukan survey dulu sama ada orang ramai bersetuju atau tidak, kesian kat students yang pinjaman dia dibatalkan, BTW sesiapa pon tak boleh nak predict apa yang berlaku masa hadapan. 

16 Jun 2011

"Anonymous" - sudut pandang

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semua orang berhak mengutarakan pendapat masing-masing. Macam hari ini yang berlaku kepada negara di mana negara diserang oleh hackers secara besar-besaran. Setelah negara diberi amaran 48jam awal namun masih lagi tumpas. Sebanyak 51 buah laman web milik pelbagai agensi kerajaan disasarkan dan 41 buah laman web tumpas!. Pada pandangan saya, kalau team "anonymous" ni tidak memberi amaran awal, saya percaya bahawa sebanyak 51 buah laman web milik pelbagai agensi kerajaan juga turut sama tumpas.

Bukan gembira melihat laman web negara tumpas akibat diserang hackers tetapi saya lebih suka melihat secara terbuka kesan atau implikasi dari sudut positif. Seperti yang kita maklum, negara telah melaburkan berjuta-juta RM untuk membangunkan Cybersecurity Malaysia. Saya sangka sebagai salah satu agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), mereka mampu mempertahankan laman web Mosti itu sendiri namun gagal. Hal ini telah menimbulkan persoalan apakah kemampuan pihak-pihak berkenaan termasuk SKMM serta Cybersecurity Malaysia dalam menangani ancaman penggodam.

Walaupun, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim mengatakan bahawa Malaysia telah bersedia untuk menerima serangan daripada hackers, nampaknya tidak boleh diterima. Negara boleh dikatakan "kalah teruk" kononnya telah diredakan oleh SKMM yang mengatakan bahawa tahap serangan tidak teruk dan kebanyakan laman web terbabit kembali beroperasi seperti biasa.

p/s laman web 1pengguna menelan belanja 1.4juta baru je dibuka telah digodam, apa kes?

"Anonymous" - benar-benar terjadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera!..

Topik hangat! adakah anda semua ingat tentang "Anonymous"?. Katanya mereka ingin menyerang laman web www.malaysia.gov.my padal pukul 7.30p.m GMT atau bersamaan pada pukul 3.30a.m waktu tempatan. Ura-ura ni menjadi bualan orang ramai dan mereka beranggapan bahawa team "anonymous" ini sekadar main-main je.Rupa-rupanya start malam tadi 15/6/2011 - laman web tersebut telah diserang!


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah mengesahkan bahawa cubaan asal hacker tersebut adalah ke atas 51 buah laman web milik pelbagai agensi kerajaan TETAPI sebanyak 41 buah laman web milik kerajaan berjaya digodam dalam masa beberapa jam sahaja.Hal ini boleh disifatkan sebagai serangan terbesar dan terhebat penggodam dalam sejarah negara.[ Source ]

Cuba kita ingat, Anonymous telah memberikan amaran 48 jam lebih awal akan bila dan laman web mana yang mereka akan serang but still tak boleh tahan serangan tersebut.

Bawah ni merupakan list laman web yang kene serang.

Malaysia Official Government Website
(DoS / Switched off - Up at 3:49am - Down at 4:06am - Up at 7:00am)
Other Malaysian wesites:
SabahTourism.comHacked + leaked
Tour Malaysia (Not Tourism Malaysia)Hacked
Tourism MalaysiaUnaffected
UiTM PenangHacked but back up9:40am
JBiotechHacked
Social Welfare Department (Ezi2Care)Hacked
CIDBHacked but back up12:20am
Land Public Transport Commision Hacked but back up12:15am
1MalaysiaDoS / Switched off3:45am
Malaysian Communications and Multimedia CommissionUnaffected
ASEANConnectDoS / Switched off8:00am
Malaysian Meteorological ServiceDoS / Switched off
Ministry of EducationDoS / Switched off9:00am
Suruhanjaya Pilihanraya MalaysiaDoS / Switched off8:30am
Bomba DoS / Switched off8:30am
TMNet Unaffected
Kementerian Kerja Raya MalaysiaDoS / Switched off7:45am
Parlimen MalaysiaDoS / Switched off8:00am
Malaysian TreasuryDoS / Switched off8:00 am
University Kebangsaan MalaysiaDoS / Switched off7:00am
Jobs MalaysiaDoS / Switched off8:00am
Information, Communications and CultureDoS / Switched off7:45am
Human Resouce MinistryDoS / Switched off3:59am
National Sports CouncilDoS / Switched off7:30am
Polis Diraja Malaysia (PDRM)DoS / Switched off8:00am
Source ]

Banyak tu laman web yang kene hack walaupon telah diberi amaran awal oleh team "anonymous". Kalau team ni serang secara tiba-tiba mau 51 laman web milik pelbagai agensi kerajaan down.

15 Jun 2011

Utusan - Sila Minta Maaf!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sebelum saya cerita lebih lanjut. Lihat gambar di bawah:


Gambar di atas merupakan lakaran kartun yang disiarkan oleh Utusan. Lakaran tersebut jelas sekali memperlekehkan sistem keadilan dan mempersenda-sendakan syariat Islam. Hal ini kerana, dalam lakaran tersebut, ia cuba menggambarkan seorang wanita yang mendakwa dirogol dan membuktikan dengan rakaman handphone ditolak tok penghulu kerana tiada empat saksi. Manakala ketika wanita yang sama mengadu kepada polis, bukti rakaman rogol menggunakan telefon bimbit diterima. Seolah-olah syariat Islam menyusahkan orang, sedangkan firman Allah SWT dalam Surah an-Nur, ayat 4 bermaksud:
“Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat saksi, maka sebatlah mereka 80 kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.”
Bagaimanapun, jika saksi tidak dapat dibawa, video atau apa jua bukti lain yang disebut sebagai qarinah boleh diterima, namun perlulah dibuat secara tertutup tanpa sebarang hebahan kepada awam.

Lakaran ini telah memberi persepsi buruk oleh orang ramai mengenai Islam. Disebabkan itu maka wujudnya page [JanganMelampau] yang mendesak Utusan supaya mendelete lakaran tersebut dan meminta maaf secara terbuka kepada orang ramai terutamanya kepada umat Islam.

P/s: Sepatutnya Utusan menjadi medium untuk menyatupadukan rakyat Malaysia dan pada masa yang sama boleh menyebarkan dakwah Islam tetapi sayang, banyak sangat agenda yang tidak sepatutnya diletakkan sehingga boleh membangkit kemarahan orang lain.

itu pasal utusan rugi, last-last boleh bankrupt la utusan oi!, asyik mainkan isu sensitif je

14 Jun 2011

Angry Birds!

Bahana Angry Birds!


Wohooo~.. kalau ada game real macam ini kompem dari pagi sampai malam saya sorang je main...tak boleh bagi dekat orang lain!...yeeehaaa!!~~...

p/s game ni menjadi kegilaan orang!

"Anonymous" - tunggu dan lihat

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini di mana orang hangat memperkatakan mengenai kumpulan "anonymous" yang akan cuba menyerang portal kerajaan Malaysia pada hari rabu jam 7.30 p.m GMT atau hari Khamis jam 3.30 pagi waktu Malaysia. Portal yang dimaksudkan ialah www.malaysia.gov.my. Operasi ini dipanggil "Operation Malaysia'


Bawah ini video:


Greetings, Malaysia,

   We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world's strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right.
The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favor.

We are Anonymous.
We are Legion.
We do not forgive.
We do not forget.
Expect Us.
So tunggu dan lihat sama ada portal kerajaan Malaysia boleh tahan dari serangan kumpulan "anonymous". Sama-sama kita nantikan!..lebih lanjut boleh lihat di sini dan di sini

p/s duit berjuta-juta dah dilaburkan, kalau kene hack jugak tak tau la. mesti ada something wrong!..

9 Jun 2011

Law - menggila sem ni!


Semester kali ini ada Law 346
Perasaan menjadi gundah gelana
Takut gila, final exam 400 marks
anda boleh dapat A!
insyaAllah saya yakin!...

"Mana perginya semangat?"...entah la takut gila...
"Yakin anda boleh berjaya?"...insyaAllah saya boleh
"Jangan takut ok!...semoga berjaya"...terima kasih! saya mampu lakukannya!...
"Good luck nizam!"...thanx kawan!...

ayat diatas hanya diri dan hati...

6 Jun 2011

Stress?...kepala berdenyut!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Stress?..apakah yang dimaksudkan dengan stress?..
Stress is your body's way of responding to any kind of demand. It can be caused by both good and bad experiences. When people feel stressed by something going on around them, their bodies react by releasing chemicals into the blood. These chemicals give people more energy and strength, which can be a good thing if their stress is caused by physical danger. But this can also be a bad thing, if their stress is in response to something emotional and there is no outlet for this extra energy and strength.link
berkerut ha!

Semua orang pernah mengalami stress, kadang-kadang stress berlaku apabila sesuatu keadaan yang menekan diri kita atau kita tidak menjaga diri kita sebaik mungkin. Jadi anda boleh lihat apa akibat stress:


Akibat kesihatan mental yang diabaikan, seseorang itu mungkin mengalami:
-Perasaan rendah diri
-Tekanan dalam hidup
-Pertelingkahan dan keruntuhan rumah tangga / keluarga
-Kecenderungan melakukan kegiatan tidak bermoral (minum arak, bohsia, penyalahgunaan najis dadah, sumbang muhrim dan perzinaan)
-Suasana tempat kerja yang tidak menyenangkan
-Kecenderungan menggunakan keganasan untuk menyelesaikan masalah (penderaan kanak-kanak/pasangan,buli jalan raya, buli sekolah)
-Peningkatan risiko penyakit mental 

Perkara yang menyebabkan stres di tempat kerja:
-Keadaan kerja yang selalu di bawah tekanan
-Ketidakjelasan tugas diberi
-Permintaan barang yang sangat tinggi
-Kurangnya perencanaan kerja
-Adanya ancaman di kalangan pekerja
-Teriakan dan maki pelanggan
-Rakan sekerja yang selalu mengganggu

For example:
Anda datang lewat ke tempat kerja kerana jem, ditambah pula dengan boss anda menengking anda tidak tentu pasal dan dia juga memberikan kerja yang banyak kepada anda...kerja tersebut perlu disiapkan sebelum masa bekerja anda tamat...selepas semuanya selesai, anda hendak turun ke basement tiba-tiba lif rosak, anda terpaksa turun menggunakan tangga..sampai di kereta, cek kereta nampak pulak body kete kene calar (baru beli bulan lepas)..then balik umah, sampai je di rumah anda lihat rumah bersepah..perghh kompem menyirap punya bukan?.. macam saya nak create situasi kat atas ni pon tension, tak tau nak create ayat macam mana..so tibai jela..hehe
Jadi apabila anda stress, anda perlukan langkah-langkah yang terbaik untuk menghilangkan stress tersebut...

Langkah menangani stres
1. Perubahan sikap/ tanggapan
-Bercampur dengan masyarakat bagi mengelak keseorangan
-Berjenaka
-Ceritakan masalah kepada rakan
-Dapatkan kaunseling
-Tahu tahap optimum stres
-Seimbangkan antara kerja dan waktu berhibu

2. Ubah interaksi dengan alam
-Tingkatkan kemahiran untuk menyelesaikan masalah, pengurusan masa dan konflik
-Mengikuti latihan
-Bertenang 

3. Ubah aktiviti fizikal bagi mengatasi stres
-Dapatkan makanan berkhasiat
-Lakukan program kecergasan
-Kurangkan pengambilan makanan mengandungi bahan menyebabkan stres seperti kafein, nikotin, gula dan alkohol
-Bertenang dan bersenang-senang
-Bangunkan aktiviti rekreasi 

4. Ubah persekitaran
-Tukar kerja
-Ikuti program pendidikan lanjutan
-Aturkan kerja, jika boleh, anda boleh bekerja dalam pelbagai program berbeza link

Apa pon anda perlu la sentiasa relax, ingat semua masalah ada jalan penyelesaiannya!..terima kasih... :)

sedapnya landing!

4 Jun 2011

Lagu - Sedetik Lebih



Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu




p/s layan je lagu ni...xD



1 Jun 2011

Citer Korea - Secret Garden!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Apa khabar sume?...Alhamdulillah...hari ni saya nak cerita pasal SECRET GARDEN...penah tengok citer ni?...saya ni bukan la peminat korea tetapi 1 minggu ni banyak kelas tak ada becoz lecturer banyak cuti or ada kursus and etc...jadinya masa yang ada digunakan untuk tengok citer la kan...citer ni pon amik dekat Munawir, so alang-alang da tak ada benda nak buat, baik tengok citer...hehe...

Nak diringkaskan cerita la kan...
"The drama tells the story of Kim Joo Won (Hyun Bin), an arrogant and eccentric CEO who maintains the image of seeming perfection, and Gil Ra Im (Ha Ji Won), a poor and humble stuntwoman whose beauty and body are the object of envy amongst top actresses. Their accidental meeting, when Joo Won mistakes Ra Im for actress Park Chae Rin, marks the beginning of a tense, bickering relationship, through which Joo Won tries to hide a growing attraction to Ra Im that both confuses and disturbs him. To complicate matters further, a strange sequence of events results in them swapping bodies."

So saya da la letak cikit screen shot kat bawah ni...pegi la tengok ek!...


p/s pegi la tengok...best citer ni...xD

29 May 2011

Perjalanan bermula

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Apa khabar saudara/i sekalian? alhamdulillah sihat...cerita kali ni biasa la permulaan semester, semua student bersemangat untuk belajar...semangat belajar tu macam ombak di lautan ar, punya semangat nak belajar tu...besa ar kan mula-mula semester ni sume student ada azam baru...seperti contoh:

"hendak dapat dean list"
"tak nak ponteng kelas"
"tak nak belajar last minute" 

Kalau diikutkan banyak lagi azam yang ingin ditanam, biasa ar awal-awal semester la katakan, apa pon azam yang kita tanam, biar la mendatangkan hasil di kemudian hari, Seperti yang kita ketahui, macam pokok la kan, pokok yang bagus mestilah mendapat baja yang sesuai, mendapat air yang mencukupi dan tiada ganguan parasit...


Jadi, apa yang kita azam pada awal semester or awal tahun hendaklah dilaksanakan sehingga berjaya!..macam peribahasa yang saya create sendiri la kan..."alang-alang potong rambut, biar sampai pendek"...yela dah alang-alang korang tanamkan azam, biar sampai berjaya...betul tak?...

Akhir kata, good luck kepada kawan-kawan dan readers!...semoga apa yang kita usahakan mendapat hasil yang terbaik!...

Budak-budak berkejar-kejar
   Rasa gembira bermain di sana 
Kalau kita rajin belajar
  Tentu kita akan berjaya!



27 May 2011

Balik Kedah!...Oh! tak mau...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Setelah sebulan bercuti bagi students uitm, maka kene la berangkat pulang...hua kejap giler cuti kali ni...tapi tak pela coz ada lagi 2 semester kene harungi before grad...kepada kawan-kawan good luck untuk semester baru...mula-mula masuk semester ni momentum nak belajar gila kaw-kaw...TETAPI jangan nak dekat-dekat akhir semester malas nak baca buku pulak!..hehe

So nak balik la kan,kene la kira distance...hehe...tengok ar di bawah ni

The Distance between Rawang (Selangor) and Sungai Petani (Kedah) is :
285.88 kilometers (km).
The approximately estimated travel/road distance can be around 328.76 km to 357.35 km


In Other Units:
177.64 miles. The approximately estimated travel/road distance can be around 204.29 miles to 222.05 miles
154.26 nautical miles. The approximately estimated travel/road distance can be around 177.4 nautical miles to 192.82 nautical miles
So kalau lihat kat google maps la kan...


Perghh...jauh tu,tapi tak pela semoga sampai dengan selamat...insyaAllah...


Doa naik kenderaan-jangan lupa baca!,moga-moga selamat dalam perjalanan, InsyaAllah
Doakan semoga tiada halangan yang datang...amin

25 May 2011

Mengeluh!..jangan begitu...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Mengeluh?...mengapa perlu mengeluh sedangkan banyak laluan yang mampu menyelesaikan masalah tersebut?...anda semua perlu tahu bahawa satu perkataan ini sudah cukup membuatkan diri anda lemah kerana aura perkataan ini boleh membuatkan kita murung sepanjang hari...kenapa saya berkata begitu?...saya beri contoh bagi memudahkan cerita...

"hek ele sikit ni je pointer aku dapat semester ni padahal ak da belajar kaw-kaw"
"kenapa la hari ni malang sungguh, dompet aku hilang, bateri hanphone ak abis"
"kenapa dia tak terima cinta aku sedangkan aku dah bagi macam-macam dekat dia"

Paham tak?..aura ayat tu yang boleh DOWN kan kita, yang boleh membuatkan diri murung, sedih, menangis dan sebagainya...kawan-kawan ingat kata-kata ini "setiap masalah yang berlaku pasti ada jalan penyelesaiannya"...percayalah, kadang-kadang kita terasa tidak ada ke orang yang boleh bantu kita tetapi kita lupa bahawa Tuhan sentiasa berada bersama kita..Dia akan menyelesaikan masalah yang kita hadapi tanpa kita rasa benda tu possible...betul atau tidak?...yakin tu penting!...

Kadang-kadang kita terasa kenapa kita tidak boleh settlekan masalah tu sendiri...betul tak?...kawan-kawan, kita diberi akal dan fikiran untuk berfikir...diberi tangan dan kaki untuk melakukan apa yang kita fikir tu...yang selebihnya berserah..JANGAN JANGAN dan JANGAN kita mudah menyerah kalah sebelum mencuba sesuatu yang baru...ni asyik mengeluh je tanpa membuat apa-apa baik berfikir dan buat something that can help you to overcome the problems...so think wisely!...

Lastly, cara terbaik untuk menghilangkan perasaan down tersebut dengan berjalan-jalan...kenapa dengan berjalan-jalan?...ok bagi saya la kan anda pergi jalan-jalan...tak kira pusing taman ke,pusing kedai ke,at least you all berjalan-jalan...lihat persekitaran...kita lihat di kedai kopi orang boleh gelak ketawa seperti tiada masalah dalam diri dia padahal setiap orang ada masalah masing-masing, berat or tidak kita tidak tau tetapi pasti setiap orang ada masalah...cuba kita fikir orang yang kita lihat di kedai kopi tadi boleh gelak kenapa kita tidak boleh happy?...kawan, yang penting anda perlu sabar dengan dugaan dan bersyukur dengan apa yang kita ada...bukan semua orang dapat apa yang kita dapat...

 

Kita rasa dugaan begitu berat sekali,menduga kita sebelum sempat kita bersedia, kadang kala kita terasa mahu menangis sepuas-puasnya, menitiskan air mata tanpa sedikit pon membantu kita, ingatlah orang lain tidak mampu untuk membantu kita setiap masa tetapi kita lah perlu membantu diri kita setiap masa...anda sekarang terjatuh, ramai orang mentertawakan anda, sedikit sangat yang bersama anda...ayuh kawan, generate kn perasaan BANGUN semula, KUATkan hatimu dan rempuhlah dugaan tersebut dengan semangat yang ada...pasti kita akan MENANG!...

23 May 2011

Gementar?..chill la!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Lajunya masa bergerak...kadang-kadang tak perasan pon masa berlalu...tau-tau this week ialah minggu terakhir cuti semesta...maknanya hari ahad ni dah start kuliah!...wow cepat giler...1 bulan terasa macam satu minggu je...perghh...tapi tak apa la asalkan taun depan diploma habis...haha...pantas gila bukan?...rasa macam cukup atau tidak ilmu yang dipelajari...kalau cukup pon mesti ada yang sudah terlupa...biasa la tu adat...haha!...

25/5/2011?...agak-agaknya apa yang berlaku pada tarikh tersebut ek?...perghh!!....tarikh ni yang membuatkan ramai orang rasa nak gugur jantung,rasa nak pengsan,dan macam-macam lagi...ada apa dengan tarikh ini ye?...oh ye, result exam sem lepas akan dipublishkan pada tarikh itu!...wow!...takutnya~...huhu...apa pon kene juga cek result kan...sekurang-kurangnya kalau tak perform well bole diubah pada sem akan datang...jadikan pemangkin supaya anda boleh buat dengan lebih baik...kepada sesiapa yang dapat pointer elok sekalipon...alhamdulillah bersyukur dengan apa yang ada!...

Lupa nak pesan kat kawan-kawan yang pakcik jiran sebelah kanan belakang rumah nenek aku pesan supaya anda jangan lupa buat SUFO!...still remember NO SUFO NO RESULT!...jadinya pada yang belum buat, tak silap saya still ada masa untuk buat...jangan tak buat karang result tak dapat tengok!...merana la pulak nanti kan...



Kompem jem time 25/5/2011

So kepada kawan-kawan saya...good luck!...insyaAllah semuanya ok!...tawakal je...usaha suda,doa suda,buat exam pon suda,tawakal pon suda, jadinya time tengok result jangan ar bersedih...kalau teruk mana sekalipon anda kena ingat yang anda sudah berusaha lebih dari kemampuan diri anda!...so jangan sedih-sedih ek...ok la sampai disini saje...tabahkan hati ok!...REDHA tu penting!...bye-bye!...
rajin click ar bawah ni!



Jom sertai CHURPCHURP di SINI

22 May 2011

Bosannya!....huhu

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Apa khabar sume?...sihat?...alhamdulillah sihat-sihat belaka nampaknya...
Tajuk entri kali ni BOSAN?...ha'ah bosan kowt...kenapa agaknya bosan ek?...

Seperti yang sedia maklum bahawa sekarang students UiTM sedang berCUTI!..yeay!...sume sibuk berjalan-jalan,makan angin sampai kembung,habiskan duit dan sebagainya...walaupon anda semua gembira dan tak bosan tapi saya sungguh BOSAN!...huhu

Yela mana tidaknya cuti ni beberapa kali je keluar rumah...kalau hendak keluar rumah pon biasanya nak pergi sembahyang Jumaat or pergi beli nasi lemak...itu je yang menyebabkan saya keluar rumah...waktu-waktu lain just duduk rumah dan main game CABAL!...war war war...penat sungguh main game ditambah pula dengan emosi...perghhh rasa mau campak je laptop ni dalam tong sampah...laptop KAYU!...huhu...

Selain bermain game, banyak juga surf internet...mencari perihal tentang isu-isu semasa dan ada juga terfikir nak berniaga secara online...tapi perniagaan apa yang sesuai agaknya?...hurmmm...entah la...TETAPI saya ada juga berbincang dengan family nak jual kuih raya secara online...perghh agak-agak ok tak?...tunggu la nanti ek...kita saksikan apa yang bakal terjadi...hehe


Dalam kita gembira masih ada orang berduka...takziah kepada mangsa tragedi tanah runtuh di Hulu Langat...semoga mereka berada dalam kalangan orang-orang yang beriman...Amin...Al-fatihah...



Mari sertai churp-churp...click di sini

20 May 2011

Bala suma ni bala!...esok saya nak berlari ni!...

Assalamualaikum!...
Apa kejadahnya semua ini?...churp2?...
Mari la ramai-ramai join churp2!..
click dibawah ini!!...
terbakar ni ha!!...

I'm on fireee! I have collected my KMs, what about you?! #Churp2race

19 May 2011

Persediaan sebelum melangkah ke universiti!...

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapakan...

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti...seperti yang kita sedia maklum bahawa semua orang ingin untuk melanjutkan pelajaran di universiti…perasaan untuk melanjutkan pelajaran di universiti telah tertanam dalam jiwa masing-masing…Masih ingatkah lagi kita semasa kecil?...ibu bapa,guru serta rakan-rakan selalu berpesan supaya belajar rajin-rajin agar dapat melanjutkan pelajaran di universiti kelak…Alhamdulillah kepada anda yang telah BERJAYA mendapat peluang ini kerana bukan semua orang mendapat peluang yang sama macam anda…hasil usaha selama ini telah membuahkan hasil…TAHNIAH diucapkan…

Baiklah ramai orang terutama dari kalangan rakan-rakan saya sendiri tertanya-tanya  apa yang perlu disediakan/dipersiapkan sebelum menjejakkan kaki ke universiti…Ada yang bertanyakan kepada saya macam mana suasana pembelajaran di universiti? Adakah sama seperti di sekolah…Ada pula yang bertanya perlukah membawa baldi ke universiti? Pelbagai soalan yang dilemparkan dan Alhamdulillah kesemuanya dijawab oleh saya dengan jelas…tetapi di sini saya ingin ceritakan lagi apa yang paling penting sebelum menjejakkan kaki ke universiti

  • Pertama sekali saudara/i sekalian perlulah mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal
    Kenapa saya berkata begitu kerana di universiti terlampau banyak tekanan yang harus saudara/i tempuhi. Berkemungkinan dalam satu semester saudara/i perlu mengambil lebih 5/6 subjek. Banyak bukan?...sudah pasti setiap subjek mempunyai tugas khas masing-masing (assignment). Kadang-kadang satu assignment memakan masa yang lama untuk siap dan kadang-kadang terpaksa mengorbankan masa untuk tidur… sukar bukan?...saya bukan menakut-nakutkan saudara/i tetapi inilah hakikat yang sekarang ditempuhi oleh mahasiswa di universiti. Jadi sebelum melangkah masuk ke universiti harus diingatkan kepada bakal-bakal mahasiswa/i supaya teguhkan hati,kuatkan semangat dan sentiasa berfikiran positif terhadap apa jua dugaan yang muncul.

    • Saudara/i perlulah bijak membahagikan masa
      Betul kadang-kadang saya sendiri tidak pandai membahagikan masa yang ada…banyak bermain,lepak-lepak dan sebagainya..tetapi harus diingatkan bahawa anda perlu pandai membahagikan masa dengan lebih effektif supaya anda tidak kelam-kabut dikemudian hari…Ramai student di university membuat assignment last minute (macam saya juga) dan akhirnya tidak berpuas hati dengan markah yang diperolehi..Lecturer kebanyakan bukan kedekut markah tetapi dari segi effort yang kita berikan dalam menyiapkan tugas akan menyebabkan lecturer memberikan markah lebih..seperti contoh: anda hendak menarik perhatian orang lain tetapi anda berpakaian selekeh,ramai atau tidak orang akan mendekati anda?...fikir-fikirkan lah..

      • Sediakan kelengkapan yang sepatutnya.
        Perkara ini yang ramai selalu tanya, perlu atau tidak bawa ini dan itu…saudara/i anda perlu membawa kelengkapan yang penting seperti laptop,broadband dan printer…yang lain-lain macam pakaian,baldi dan sebagainya anda fikir-fikir sendiri ok…baik kenapa saya menyeru saudara/i supaya membawa laptop,broadband dan printer. Ini kerana ketika lecturer memberi assignment, kebanyakan assignment perlu di taip. Jadi pentingnya laptop bersama anda. Broadband pula bagi memudahkan saudara/i untuk mencari maklumat yang berkenaan dan Printer pula mudah bagi anda yang suka buat kerja last minute kerana mungkin anda perlu hantar assignment pada pukul 8 pagi jadi tidak kelam-kabut untuk print assignment tersebut..

        • Last but not least, tetapkan pendirian!
          Kenapa perlu tetapkan pendirian?...kerana di universiti anda BEBAS melakukan apa-apa…bukan macam di asrama semuanya ada masa yang ditetapkan…tetapkan pendirian anda dan sentiasa berfikir apakah tujuan anda berada di universiti…pastinya anda ingin berjaya pada masa akan datang dan tidak lupa pada masa yang sama ingin membanggakan kedua ibu bapa anda…BANGUN dan TETAPKAN PENDIRIAN ANDA!...


          Akhir kata, itu la sedikit sebanyak yang dapat dikongsi bersama semoga kita berjaya pada masa akan datang…TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada anda semua!...

          p/s click la bawah ni...thanx!... xD



          p/s da macam pakar motivasi la pulak!...hehe

          17 May 2011

          Fixie?...apa tu?...

          Assalamualaikum dan salam sejahtera...

          Entri kali ni pasal basikal...basikal?...bro basikal ni benda lama la...tak main la dengan teknologi zaman sekarang...ada motorsikal,kereta,monorail dan sebagainya...*chop2!...relax la dulu saya belum habis lagi cerita pasal basikal kan...ok ya memang saya hendak cerita sedikit mengenai basikal...WOW!... :)

          Ok kalau kita perhatikan la basikal bermacam-macam jenis...ada kecik,besar,untuk single,double dan sebagainya...so kalau kita perhatikan la secara luaran basikal...basikal ini ada 2 tayar yang bersambung pada badan atau rangka basikal...cara hendak gerakkan basikal dengan mengunakan kuasa manusia iaitu dengan kayuhan...semakin laju kayuhan semakin laju la basikal tu memecut...basikal ini pertama kali diperkenalkan pada abad ke-19 di eropah...perghh lama tu kan...

          Jadinya pada musim cuti ini saya banyak meluangkan masa beronline saja...leka tengah mencari idea yang terbaik untuk mengupdate blog last-last terjumpa BASIKAL FIXIE...basikal fixie?...apa tu?...korang tau ke?...ke saya ni yang ketinggalan zaman pasal saya sendiri kurang tau pasal basikal ni...yang tau pon jenis BMX je...ok la cerita sedikit mengenai basikal fixie...
          The oldest and simplest type of bicycle is the "fixed-gear" bicycle. This is a single-speed bike without a freewheel; that is, whenever the bike is in motion, the pedals will go around. You cannot coast on a fixed-gear machine.
           Riding a fixed gear on the road is excellent exercise. When you need to climb, you don't need to think about when to change gears, because you don't have that option. Instead, you know that you must just stand up and pedal, even though the gear is too high for maximum climbing efficiency. This makes you stronger.
          Most cyclists coast far too much. Riding a fixed-gear bike will break this pernicious habit. Coasting breaks up your rhythm and allows your legs to stiffen up. Keeping your legs in motion keeps the muscles supple, and promotes good circulation. Dipetik dari : sheldonbrown
          Terbaik kan?...kalau lihat dari segi bentuk dan warna basikal fixie ni pasti menarik minat ramai orang termasuk saya sendiri...jom kita lihat contoh-contoh basikal fixie ini...




          Harga fixie ni paling murah pon dekat rm550++....haha...saya harap nanti saya dapat beli fixie kaler ni...idaman tu...insyaAllah kumpul duit lepas tu beli basikal fixie kaler ijau...


          Ok la sampai di sini saja...sekian terima kasih....perghh cantik tu fixie!!...huaaaaa....

          Note: kalau rajin click la bawah ni...tq!