Cuba lihat promotion dari pelbagai company..Khas untuk anda semua!

16 Jun 2011

"Anonymous" - sudut pandang

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semua orang berhak mengutarakan pendapat masing-masing. Macam hari ini yang berlaku kepada negara di mana negara diserang oleh hackers secara besar-besaran. Setelah negara diberi amaran 48jam awal namun masih lagi tumpas. Sebanyak 51 buah laman web milik pelbagai agensi kerajaan disasarkan dan 41 buah laman web tumpas!. Pada pandangan saya, kalau team "anonymous" ni tidak memberi amaran awal, saya percaya bahawa sebanyak 51 buah laman web milik pelbagai agensi kerajaan juga turut sama tumpas.

Bukan gembira melihat laman web negara tumpas akibat diserang hackers tetapi saya lebih suka melihat secara terbuka kesan atau implikasi dari sudut positif. Seperti yang kita maklum, negara telah melaburkan berjuta-juta RM untuk membangunkan Cybersecurity Malaysia. Saya sangka sebagai salah satu agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), mereka mampu mempertahankan laman web Mosti itu sendiri namun gagal. Hal ini telah menimbulkan persoalan apakah kemampuan pihak-pihak berkenaan termasuk SKMM serta Cybersecurity Malaysia dalam menangani ancaman penggodam.

Walaupun, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim mengatakan bahawa Malaysia telah bersedia untuk menerima serangan daripada hackers, nampaknya tidak boleh diterima. Negara boleh dikatakan "kalah teruk" kononnya telah diredakan oleh SKMM yang mengatakan bahawa tahap serangan tidak teruk dan kebanyakan laman web terbabit kembali beroperasi seperti biasa.

p/s laman web 1pengguna menelan belanja 1.4juta baru je dibuka telah digodam, apa kes?

No comments:

Post a Comment