Cuba lihat promotion dari pelbagai company..Khas untuk anda semua!

15 Jun 2011

Utusan - Sila Minta Maaf!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sebelum saya cerita lebih lanjut. Lihat gambar di bawah:


Gambar di atas merupakan lakaran kartun yang disiarkan oleh Utusan. Lakaran tersebut jelas sekali memperlekehkan sistem keadilan dan mempersenda-sendakan syariat Islam. Hal ini kerana, dalam lakaran tersebut, ia cuba menggambarkan seorang wanita yang mendakwa dirogol dan membuktikan dengan rakaman handphone ditolak tok penghulu kerana tiada empat saksi. Manakala ketika wanita yang sama mengadu kepada polis, bukti rakaman rogol menggunakan telefon bimbit diterima. Seolah-olah syariat Islam menyusahkan orang, sedangkan firman Allah SWT dalam Surah an-Nur, ayat 4 bermaksud:
“Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat saksi, maka sebatlah mereka 80 kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.”
Bagaimanapun, jika saksi tidak dapat dibawa, video atau apa jua bukti lain yang disebut sebagai qarinah boleh diterima, namun perlulah dibuat secara tertutup tanpa sebarang hebahan kepada awam.

Lakaran ini telah memberi persepsi buruk oleh orang ramai mengenai Islam. Disebabkan itu maka wujudnya page [JanganMelampau] yang mendesak Utusan supaya mendelete lakaran tersebut dan meminta maaf secara terbuka kepada orang ramai terutamanya kepada umat Islam.

P/s: Sepatutnya Utusan menjadi medium untuk menyatupadukan rakyat Malaysia dan pada masa yang sama boleh menyebarkan dakwah Islam tetapi sayang, banyak sangat agenda yang tidak sepatutnya diletakkan sehingga boleh membangkit kemarahan orang lain.

itu pasal utusan rugi, last-last boleh bankrupt la utusan oi!, asyik mainkan isu sensitif je

No comments:

Post a Comment