Cuba lihat promotion dari pelbagai company..Khas untuk anda semua!

19 Jun 2011

PTPTN - Peringatan Penting!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semalam (18/6/2011) saya menonton Berita Tv 3. Dalam berita tersebut ada mengatakan bahawa peminjam PTPTN yang mendapat CGPA bawah 2.00, pinjaman PTPTN tersebut akan dibatalkan. Betul ke?. Jom lihat surat khabar di bawah ni.
SUNGAI PETANI: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menghentikan pinjaman pelajar yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.0 ke bawah.
Anggota Lembaga Pengarahnya, Datuk Tajul Urus Md Zain berkata, tindakan itu bagi memastikan pelajar yang komited dengan pelajaran sahaja diberikan pinjaman.
“PTPTN tidak berkompromi dengan pelajar yang tidak mencapai keputusan memuaskan dan yang mendapat PNGK di bawah 2.0 secara automatik dihentikan pinjaman mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan waran pinjaman kepada pelajar yang memasuki institusi pengajian tinggi di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim semalam.
Sehubungan itu, Tajul Urus menasihati pelajar berusaha bersungguh-sungguh supaya tidak menghampakan ibu bapa dan kerajaan yang memberi pinjaman bagi membolehkan mereka meneruskan pengajian.
“Wang PTPTN adalah duit rakyat...jadi, kami terpaksa membuat satu keputusan walaupun pahit untuk diterima,” katanya sambil mengingatkan pelajar menggunakan wang itu secara berhemah.- [ Bernama ]
Hal ini telah disokong oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Alasan yang diberikan oleh menteri pengajian tinggi ini ialah bagi mengurangkan ketirisan wang pembayar cukai dan mereka yang memperoleh pointer bawah 2.0 menyebabkan pelajar tersebut sukar mendapatkan pekerjaan. Sekaligus menyukarkan mereka untuk membayar balik pinjamanSource ]

Sepatutnya kerajaan perlu melakukan survey dulu sama ada orang ramai bersetuju atau tidak, kesian kat students yang pinjaman dia dibatalkan, BTW sesiapa pon tak boleh nak predict apa yang berlaku masa hadapan. 

No comments:

Post a Comment