Cuba lihat promotion dari pelbagai company..Khas untuk anda semua!

25 May 2011

Mengeluh!..jangan begitu...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Mengeluh?...mengapa perlu mengeluh sedangkan banyak laluan yang mampu menyelesaikan masalah tersebut?...anda semua perlu tahu bahawa satu perkataan ini sudah cukup membuatkan diri anda lemah kerana aura perkataan ini boleh membuatkan kita murung sepanjang hari...kenapa saya berkata begitu?...saya beri contoh bagi memudahkan cerita...

"hek ele sikit ni je pointer aku dapat semester ni padahal ak da belajar kaw-kaw"
"kenapa la hari ni malang sungguh, dompet aku hilang, bateri hanphone ak abis"
"kenapa dia tak terima cinta aku sedangkan aku dah bagi macam-macam dekat dia"

Paham tak?..aura ayat tu yang boleh DOWN kan kita, yang boleh membuatkan diri murung, sedih, menangis dan sebagainya...kawan-kawan ingat kata-kata ini "setiap masalah yang berlaku pasti ada jalan penyelesaiannya"...percayalah, kadang-kadang kita terasa tidak ada ke orang yang boleh bantu kita tetapi kita lupa bahawa Tuhan sentiasa berada bersama kita..Dia akan menyelesaikan masalah yang kita hadapi tanpa kita rasa benda tu possible...betul atau tidak?...yakin tu penting!...

Kadang-kadang kita terasa kenapa kita tidak boleh settlekan masalah tu sendiri...betul tak?...kawan-kawan, kita diberi akal dan fikiran untuk berfikir...diberi tangan dan kaki untuk melakukan apa yang kita fikir tu...yang selebihnya berserah..JANGAN JANGAN dan JANGAN kita mudah menyerah kalah sebelum mencuba sesuatu yang baru...ni asyik mengeluh je tanpa membuat apa-apa baik berfikir dan buat something that can help you to overcome the problems...so think wisely!...

Lastly, cara terbaik untuk menghilangkan perasaan down tersebut dengan berjalan-jalan...kenapa dengan berjalan-jalan?...ok bagi saya la kan anda pergi jalan-jalan...tak kira pusing taman ke,pusing kedai ke,at least you all berjalan-jalan...lihat persekitaran...kita lihat di kedai kopi orang boleh gelak ketawa seperti tiada masalah dalam diri dia padahal setiap orang ada masalah masing-masing, berat or tidak kita tidak tau tetapi pasti setiap orang ada masalah...cuba kita fikir orang yang kita lihat di kedai kopi tadi boleh gelak kenapa kita tidak boleh happy?...kawan, yang penting anda perlu sabar dengan dugaan dan bersyukur dengan apa yang kita ada...bukan semua orang dapat apa yang kita dapat...

 

Kita rasa dugaan begitu berat sekali,menduga kita sebelum sempat kita bersedia, kadang kala kita terasa mahu menangis sepuas-puasnya, menitiskan air mata tanpa sedikit pon membantu kita, ingatlah orang lain tidak mampu untuk membantu kita setiap masa tetapi kita lah perlu membantu diri kita setiap masa...anda sekarang terjatuh, ramai orang mentertawakan anda, sedikit sangat yang bersama anda...ayuh kawan, generate kn perasaan BANGUN semula, KUATkan hatimu dan rempuhlah dugaan tersebut dengan semangat yang ada...pasti kita akan MENANG!...

No comments:

Post a Comment