Cuba lihat promotion dari pelbagai company..Khas untuk anda semua!

29 May 2011

Perjalanan bermula

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Apa khabar saudara/i sekalian? alhamdulillah sihat...cerita kali ni biasa la permulaan semester, semua student bersemangat untuk belajar...semangat belajar tu macam ombak di lautan ar, punya semangat nak belajar tu...besa ar kan mula-mula semester ni sume student ada azam baru...seperti contoh:

"hendak dapat dean list"
"tak nak ponteng kelas"
"tak nak belajar last minute" 

Kalau diikutkan banyak lagi azam yang ingin ditanam, biasa ar awal-awal semester la katakan, apa pon azam yang kita tanam, biar la mendatangkan hasil di kemudian hari, Seperti yang kita ketahui, macam pokok la kan, pokok yang bagus mestilah mendapat baja yang sesuai, mendapat air yang mencukupi dan tiada ganguan parasit...


Jadi, apa yang kita azam pada awal semester or awal tahun hendaklah dilaksanakan sehingga berjaya!..macam peribahasa yang saya create sendiri la kan..."alang-alang potong rambut, biar sampai pendek"...yela dah alang-alang korang tanamkan azam, biar sampai berjaya...betul tak?...

Akhir kata, good luck kepada kawan-kawan dan readers!...semoga apa yang kita usahakan mendapat hasil yang terbaik!...

Budak-budak berkejar-kejar
   Rasa gembira bermain di sana 
Kalau kita rajin belajar
  Tentu kita akan berjaya!



No comments:

Post a Comment