Cuba lihat promotion dari pelbagai company..Khas untuk anda semua!

19 May 2011

Persediaan sebelum melangkah ke universiti!...

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapakan...

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti...seperti yang kita sedia maklum bahawa semua orang ingin untuk melanjutkan pelajaran di universiti…perasaan untuk melanjutkan pelajaran di universiti telah tertanam dalam jiwa masing-masing…Masih ingatkah lagi kita semasa kecil?...ibu bapa,guru serta rakan-rakan selalu berpesan supaya belajar rajin-rajin agar dapat melanjutkan pelajaran di universiti kelak…Alhamdulillah kepada anda yang telah BERJAYA mendapat peluang ini kerana bukan semua orang mendapat peluang yang sama macam anda…hasil usaha selama ini telah membuahkan hasil…TAHNIAH diucapkan…

Baiklah ramai orang terutama dari kalangan rakan-rakan saya sendiri tertanya-tanya  apa yang perlu disediakan/dipersiapkan sebelum menjejakkan kaki ke universiti…Ada yang bertanyakan kepada saya macam mana suasana pembelajaran di universiti? Adakah sama seperti di sekolah…Ada pula yang bertanya perlukah membawa baldi ke universiti? Pelbagai soalan yang dilemparkan dan Alhamdulillah kesemuanya dijawab oleh saya dengan jelas…tetapi di sini saya ingin ceritakan lagi apa yang paling penting sebelum menjejakkan kaki ke universiti

  • Pertama sekali saudara/i sekalian perlulah mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal
    Kenapa saya berkata begitu kerana di universiti terlampau banyak tekanan yang harus saudara/i tempuhi. Berkemungkinan dalam satu semester saudara/i perlu mengambil lebih 5/6 subjek. Banyak bukan?...sudah pasti setiap subjek mempunyai tugas khas masing-masing (assignment). Kadang-kadang satu assignment memakan masa yang lama untuk siap dan kadang-kadang terpaksa mengorbankan masa untuk tidur… sukar bukan?...saya bukan menakut-nakutkan saudara/i tetapi inilah hakikat yang sekarang ditempuhi oleh mahasiswa di universiti. Jadi sebelum melangkah masuk ke universiti harus diingatkan kepada bakal-bakal mahasiswa/i supaya teguhkan hati,kuatkan semangat dan sentiasa berfikiran positif terhadap apa jua dugaan yang muncul.

    • Saudara/i perlulah bijak membahagikan masa
      Betul kadang-kadang saya sendiri tidak pandai membahagikan masa yang ada…banyak bermain,lepak-lepak dan sebagainya..tetapi harus diingatkan bahawa anda perlu pandai membahagikan masa dengan lebih effektif supaya anda tidak kelam-kabut dikemudian hari…Ramai student di university membuat assignment last minute (macam saya juga) dan akhirnya tidak berpuas hati dengan markah yang diperolehi..Lecturer kebanyakan bukan kedekut markah tetapi dari segi effort yang kita berikan dalam menyiapkan tugas akan menyebabkan lecturer memberikan markah lebih..seperti contoh: anda hendak menarik perhatian orang lain tetapi anda berpakaian selekeh,ramai atau tidak orang akan mendekati anda?...fikir-fikirkan lah..

      • Sediakan kelengkapan yang sepatutnya.
        Perkara ini yang ramai selalu tanya, perlu atau tidak bawa ini dan itu…saudara/i anda perlu membawa kelengkapan yang penting seperti laptop,broadband dan printer…yang lain-lain macam pakaian,baldi dan sebagainya anda fikir-fikir sendiri ok…baik kenapa saya menyeru saudara/i supaya membawa laptop,broadband dan printer. Ini kerana ketika lecturer memberi assignment, kebanyakan assignment perlu di taip. Jadi pentingnya laptop bersama anda. Broadband pula bagi memudahkan saudara/i untuk mencari maklumat yang berkenaan dan Printer pula mudah bagi anda yang suka buat kerja last minute kerana mungkin anda perlu hantar assignment pada pukul 8 pagi jadi tidak kelam-kabut untuk print assignment tersebut..

        • Last but not least, tetapkan pendirian!
          Kenapa perlu tetapkan pendirian?...kerana di universiti anda BEBAS melakukan apa-apa…bukan macam di asrama semuanya ada masa yang ditetapkan…tetapkan pendirian anda dan sentiasa berfikir apakah tujuan anda berada di universiti…pastinya anda ingin berjaya pada masa akan datang dan tidak lupa pada masa yang sama ingin membanggakan kedua ibu bapa anda…BANGUN dan TETAPKAN PENDIRIAN ANDA!...


          Akhir kata, itu la sedikit sebanyak yang dapat dikongsi bersama semoga kita berjaya pada masa akan datang…TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada anda semua!...

          p/s click la bawah ni...thanx!... xD



          p/s da macam pakar motivasi la pulak!...hehe

          No comments:

          Post a Comment