Cuba lihat promotion dari pelbagai company..Khas untuk anda semua!

15 May 2011

Selamat Hari Guru 2011!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Entry kali ini mengenai Hari Guru!...hurmm...kalau terfikir pasal cikgu-cikgu, mesti pada masa yang sama anda akan terfikir mengenai pengalaman anda dulu-dulu kan?...Jadinya lebih baik la saya cerita dulu serba sedikit mengenai hari guru sebelum masuk cerita pengalaman saya dulu-dulu...haha!

Seperti yang kita maklum, Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun bagi menghargai guru yang mengajar...Setiap tahun apabila menjelang hari guru maka mesti ada tema-tema khas seperti contoh pada tahun 2011 tema hari guru ialah Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara...kalau di ikutkan dengan maksud transformasi (perubahan), guru-guru sekarang memikul tanggungjawab berat dalam membentuk masyarakat terutamanya pelajar-pelajar supaya dapat seiring dan sejajar dengan kemajuan pada hari ini...semakin hari semakin payah dan getirnya tugas guru dalam membentuk sahsiah pelajar...jadi perlu diingatkan bahawa hargailah guru kerana tanpa guru siapalah anda!...


So pasal hari guru kadang-kadang teringat macam-macam perkara yang membuatkan guru-guru yang mengajar saya 'panas'...haha mana taknya muka baik tapi ada la jugak buat hal...adat la kan...ala korang pon mesti ada buat perangai jugak kan...macam saya dulu masa sekolah selalu datang lewat becoz rumah jauh dari sekolah...datang lewat time tu ada lak cikgu disiplin dok tercongok depan gate...perghh memang kompem-kompem kne sebat dengan cikgu tu, berbirat jugak ar tapi nak wat macam mana dah kene...redha jela...pernah tak siap kerja rumah time kat MRSM, kena berlari itik kowt dengan muka kene conteng dengan marker pen lagi...haha lawak je...kene penampo la...lari keliling sekolah la...tapi tu la kalau pikir-pikir balik banyak pengalaman dekat sekolah...tapi sekarang cikgu tak boleh pukul sikit student-student depa coz yela nanti karang student tu mengadu kat mak bapak tak pasal-pasal kene saman...tapi tu la kalau tak pukul or denda student nanti depa naik kepala...kesian kat guru yela diorang nak mengajar tapi banyak je halangan...ala setakat pukul or denda sikit tu tak da la memberi kemudaratan bahkan ia akan menjadikan budak itu lebih berjaya pada masa hadapan...

Apa-apa pon saya di sini mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada guru-guru yang mengajar saya terutamanya guru-guru di Tadika Kemas Sungai Buaya, Sekolah Kebangsaan Sungai Buaya, Sekolah Kebangsaan Bandar Sungai Buaya, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sungai Buaya, MRSM Merbok, MRSM Kepala Batas, tidak lupa kepada lecturer-lecturer di Uitm Kedah dan akhir sekali kepada guru-guru di seluruh Malaysia...SELAMAT HARI GURU!....



1 comment:

  1. selamah hari guru cikgu nizam
    terima kasih kerana mengajar saya account selama setahun. maaf la tak score A+ pulak untuk cikgu. Hehe :)))

    ReplyDelete